Khamis, 1 Mac 2012

MANA DR MASHITAH FIRAUN BILA THE STAR HINA ISLAM???

TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu lari sembunyi bawah kolong bila MCA menghina Islam. Malah sebelum ini beliau menuding jari mengatakan PAS adalah tunggangan DAP, tapi sebaliknya kini Mashitah sembunyi kepala bontot tertonggeng bila The Star menghina Islam dengan menyiarkan Erykah Badu dengan tatoo nama Allah di badannya.

Namun terkadang bila difikirkan balik secara rasional ada juga baiknya penyiaran gambar tersebut, barulah sekonyong-konyong konsertnya dibatalkan ole DSU Rais Yatim jika tidak masakan dapat dibatalkan begitu saja.


Namun apa yang dikesdalkan ialah pihak penganjur yang tidak menyiasat terlebih dahulu setiap artis yang ingin membuat persembahan dan langsung tidak peka dengan sensitiviti Islam di negara ini. Mereka hanya tahu ingin mencari keuntungan duit semata-mata tanpa memikirkan kesan lain yang dapat memberi pengaruh negatif terhadap remaja Islam di negara ini.

Namun apa yang menjadi tanda tanya kepada rakyat Malaysia ialah tindakan yang bakal dikenaklan terhadap The Star akibat penyiaran gambar tersebut. Apakah ada sebarang tindakan yang dikenakan atau sekadar dilepaskan begitu saja?

Setelah berkali-kali membuat kesalahan UMNO akan melepaskan begitu saja. Penyiaran gambar penyanyi Amerika, Erykah Badu yang bertatoo nama Allah pada dadanya yang terlanjang adalah kali ketiga.

"Kes pertama adalah tulisan seorang editor The Star yang mempertikaikan tindakan Mahkamah Syariah di Pahang yang menjatuhkan hukuman sebat terhadap seorang wanita yang meminum arak.

"Kes kedua adalah kes daging babi panggang untuk berbuka puasa yang disiarkan bulan Ramadhan lalu.

"Kes Erykah ini adalah kes yang ketiga yang dihadapi The Star," kata satu sumber kepada Harakahdaily.

Selain melakukan kesalahan menghina Islam berkali-kali tapi tiada tindakan dilaksanakan oleh UMNO terhadap akhbar milik MCA itu jelas menunjukkan MCA lebih berkuasa dari UMNO. UMNO hanya mampu melihat saja gelagat dan keserakahan MCA terhadap Islam tanpa mengambil apa-apa langkah apatah lagi tindakan terhadap MCA dan akhbar tersebut.

Apa kata Mashitah? Senyap dan sunyi terkencing dan terberak dalam kain biola diajukan soalan ini kepada beliau. Ecer tahi di jalananlah jawabnya...



0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code