Ahad, 4 Mac 2012

HASAN ALI OH HASAN ALI.....BANGAU TUA YANG BERKOKOK!!!


APALAH nasib yang menimpa Bang Asam Gelugor ini semuanya tak menjadi. Sudah macam ayam berak kapur dah..duduk panas bontot, berdiri salah-habah. Melalak hanyalah satu jalan meredakan rasa terkejutnya selepas dipecat PAS. Biasalah itu adalah sifat normal bukan paranormal.

Tekanan perasaan akibat dipecat dan dilemparkan setelah banyak berjasa dalam PAS akan meninggalkan rasa yang macam-macam. Tak puas hati dan dendam yang membara. Sanggup bergolok dan bergadai demi sebuah maruah yang tercalar dan terhina lantaran dipecat. Akhirnya segalanya menjadi satu tsunami pada 15 skala ritcher. Hebat dan dasyat sekali.

Segala cita-cita untuk kenaikan pangkat dan menjadi pemimpin negara yang hebat seakan hilang sekelip mata. Segalanya seolah runtuh dan meruntunkan jiwa akibat dibuang. Kekecewaan ini tidak mungkin dapat terhapus dengan mudah melainkan hanya ingin melihat orang yang menghukum tersebut menerima padahnya. Inilah pegangan Hasan Ali sekarang. Sikap dendam kesumatnya terhadap PAS kian membara dengan memprejudiskan PAS dalam berbagai dimensi buruk.

Pendekatan drastik yang diambil Hasan Ali dengan memburuk-burukkan parti yang dianutinya satu ketika dulu hanyalah bakal menunjukkan sikapnya yang sebenar terhadap kejujurannya dalam PAS dulu. Sikap berpatah arang, berkerat rotan Hasan Ali sekadar menampakkan keegoannya yang melangit. Hasan rasa dia seorang ulama yang satu-satunya memperjuangkan akidah orang Islam, menghalang murtad dan membetulkan sosiolisme remaja Islam. Hanya Hasan seorang yang berbuat demikian dalam PAS, baginya orang lain tidak sepertinya. Orang lain hanya pentingkan parti dan perikatan antara parti dalam Pakatan tanpa menghiraukan akidah orang Islam. Secara mudah Hasan kata PAS sudah lupa pada Islam.

Inilah satu-satunya pandangan yang sangat dangkal dan penuh sifat mazmumah ( Hubb addunya, Hubb al-mal, pemarah, tamak, kedekut, 'ujub, sombong, tak ingat mati, pentingkan diri...)....benarkah Hasan hanya mahu perjuangkan akidah? Atau perjuangkan pojok tampuk kekuasaan?

Perjuangan akidah dan perjuangan tampuk kekuasaan dua perkara yang berbeza sama sekali. Tanpa kuasa politik yang kukuh mana mungkin akidah dapat ditegakkan dengan mudah. Hasan kena tahu bezakan dulu dua perkara ini baru dapat melalak berkaitan dengan akidah Islam sejagat. Apakah Hasan ingat dengan membanteras  kemurtadan saja dapat memberi keteguhan dalam berakidah sedangkan pembangunan kemaksiatan yang berleluasa menjebakkan umat Islam yang nipis imannya melayang mencari kepuasan nafsu dengan begitu mudah, tanpa murtad!

Hasan Ali kena fikir seratus, malah seribu kali dengan menegakkan pendiriannya melawan arus secara sendirian. Jika majlis syura memutuskan untuk tidak menghebohkan perkara ini (murtad) janganlah Hasan melakukannya kerana ia dapat menjejaskan perhitungan parti untuk mengejar tampuk kekuasaan politik di tahap yang tinggi. Bukan hanya mengejar ideologi sempit Hasan hanya menegakkan akidah semata-mata. Lantaran perbuatan Hasan yang menjejaskan pemburuan keseluruhan komponen parti menjadi tidak keruan dan huru-hara maka jalan terbaik yang diambil pucuk pimpinan parti Hasan sangat wajar dan munasabah.

Setelah dipecat, Hasan mula berkempen dan menyalak dengan mengatakan PAS sudah berubah dan tidak lagi memperjuangkan Islam sebagaimana layaknya adalah satu hentaman yang sangat bodoh dan tidak sepatutnya orang yang berpelajaran seperti Hasan berbuat demikian. Andai benar Hasan adalah seorang yang berjuang di jalan Allah. Kerana pada dasarnya Hasan kena tahu, apa tujuan tersirat PAS dan PKR berbuat demikian. Tapi mengapa Hasan pintas jalan mereka untuk tujuan yang satu-satunya menawan Putrajaya.

Mengapa demikian sekali Hasan tidak berfikir dan asyik bercakap sendirian sehingga akhirnya kini Hasan terdesak sendiri dan melalut sehingga tiada lagi jalan pulang dan terus-terusan tersesat sendiri. Hasan akan membawa agendanya sendirian melalui pemikiran dan idealoginya yang hanya dia seorang saja yang faham akan butiran mengapa dia sanggup mencaci PAS.

Bila Hasan dituduh bersekongkol dengan UMNO yang terang-terangan dari mula bukanlah sebuah parti yang mampu menegakkan akidah sebagaimana kehendak Hasan. Malah Hasan tahu bahawa UMNO bukanlah parti keagamaan tapi hanyalah parti perkauman saja. Iaitu Melayu. Sebab itu awal-awal lagi Hasan masuk PAS.

Tapi kini Hasan kembali semula ke pangkuan tajaan UMNO lantaran melihat peluang yang terbuka untuk menghentam bekas majikannya. Pentas ceramah yang dipanjat Hasan kini tak lebih dari podium cacian terhadap PAS dan sekutunya saja. Inilah sikap sebenar Hasan yang lebih kurang sama saja dengan Ibrahim Ali.

Hasan kini menggelarkan watak yang ada dalam PAS adalah 'parasit', tanpa sedar bahawa ramai yang beranggapan Hasanlah sebenarnya parasit yang mampu menghumban PAS ke jalan buntu andai Hasan masih bersama PAS.
Hasan dengan angkuh mengatakan sekiranya PAS tumbang maka ia adalah berpunca dari pemecatannya, inikah nilai seorang pejuang sebenar dalam Islam?

Hasan tak perlu mengulang perkara yang sama dalam perjuangannya. IMR (Islam, Melayu dan Raja) adalah sinonim saja dengan mana-mana politik negara ini, baik PAS, PKR, UMNO sekalipun motif perjuangan mereka adalah tidak melangkaui 3 perkara asas tersebut. Jadi usahlah dihairankan dengan perjuangan Hasan ini. Ianya tak lebih sebagai pemberontak yang berhaluan kiri saja.

Hasan mula mendendangkan lagu Bangau oh Bangau yang mnenyalahkan orang lain tapi bukan diri sendiri...tanpa sedar bangau yang dulu sudah tua untuk bernyanyi...krahh krahhh krahhh apple ler...!!!


PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code