HARI-hari air liur Madey ni meleleh bila tiba bab kutuk Anwar Ibrahim. Kalau satu hari tak kutuk Anwar Madey akan pening kepala dan lemah jantung. Madey seronok jika dapat bersembang tentang keburukan bekas timbalannya itu. Madey akan rasa terhibur dengan berbuat demikian.
Apa tidaknya. Jika tidak buat demikian Madey akan mabuk tahi seminggu..mutar itik dan cerah perut serta berak ecer. Hari ini Madey tuduh Anwar 'sesumpah' dan berbagai tohmahan dengan alasan segala perjuangan Anwar hanya untuk memenuhi tuntutan peribadi dalam perjawatan yang diragut Mahathir satu masa dulu. rujukan
Jika dalam perkhidmatan awam memang benar itulah yang sewajarnya berlaku selaku orang no.2 pasti akan naik jadi orang nombor 1. Tapi zaman Madey ini tidak berlaku, Madey telah melangkaui batasannya dengan menaikkan orang yang tak ada nombor jadi PM iaitu Pak Lah kemudian bila nampak Pak Lah hanya mementingkan anak beranaknya sahaja seperti menaikkan muka baru iaitu Khairy Jamaluddin selaku menantunya. Sekali lagi Madey bengang dengan Pak Lah, apatah lagi projek jambatan bengkok langsung tidak diluluskan oleh Pak Lah menambah lagi bangangnya Madey.
Madey mula sesal dengan tindakannya melangkaui perjawatan itu. Sebab itu dalam perkhidmatan awam sejak dulu hingga sekarang, siapa yang kuat sokong UMNO maka orang itu akan cepat naik pangkat dan langkaui seniority orang lain. Sebab tu tak perlu hairan jika orang baru jadi pegawai biasa beberapa tahun terus jadi pengarah dan CEO. Jika dalam bidang polis dua tahu jadi ASP terus sudah dapat anugerah Datuk.
Kalau jadi guru biasa, kuat main politik terus dapat jadi pengetua. Perkara ini tidak pelik sedikitpun. Malah benar-benar berlaku dalam pentadbiran UMNO. Akibat ajaran dan didikan Madey inilah rosaknya sistem pentadbiran di Malaysia. Jahanamnya budaya dan adat ketimuran Melayu.
Oleh itu, tanpa segan dan silu Madey mengikut acuan yang direkanya. Madey kini bersekongkol dengan Najib pula untuk mengekalkan kuasa. Sementara Pak Lah tak puas lagi menjadi PM akan cuba bertanding merebut calon di tempat sendiri. Inilah fenomena dalam UMNO yang kita nampak sekarang. Madey masih belum puas selagi tiada lagi pewaris mutlak dari keturunannya bertapak kukuh sekurang-kurangnya menjadi orang no 2 dalam kerajaan.
Madey ingin mengikut jejak AllahyarhamTun Razak yang berjaya menempatkan anaknya menjadi orang no 1 di Malaysia dan merupakan PM pertama Malaysia yang membiakkan benih Perdana Menteri juga. manakala gemulah Husin Onn juga masih lagi terkial-kial dengan anaknya sedang sibuk mencari tapak yang kukuh untuk berada dilandasan yang betul menjejaki apa yang ditinggalkan bapa mereka. Tapi sekurang-kurangnya Husin Onn juga sudah ada benih palatnya yang menjadi walaupun sekurang-kurangnya Menteri Keselamatan Dalam Negeri.
Tapi Madey, benih palatnya masih tidak menjadi kenyataan, hanya setakat menang bertanding tapi anaknya masih tiada porfolio dalam kabinet. Semua anaknya berjaya dalam melobi projek kerajaan dan bisnes ekoran pengaruh bapa saja. Ini masih jauh dari sempurna. Masih jauh dari cita-cita asal Madey membentuk sebuah keluarga elit laksana sebuah koloni pemerintah.
Biar seribu tahun akan datang, orang akan sebut namanya dan keluarganya sebagaimana firaun dulu. Oleh itu, sebelum mendapat kuasa dan benih yang boleh diharap maka selagi itulah Madey mesti bekerja dan memerah keringat. Jadi tidak hairanlah kalau selepas pencen pun Madey masih galak melobi sana sini.
Keadaan ini adalah untuk memastikan bahawa anaknya nanti bakal diberi kepercayaan oleh Najib untuk memegang sesuatu jawatan bertaraf menteri. Barulah Madey akan tutup mata rapat-rapat bila 'go' nanti. Jika tidak maka selagi itulah Mahathir akan hidup. Hidup untuk kata keburukan Anwar. Andai nanti Anwar termenang dalam PRU 13 nanti maka harapan yang cuba ditabur kepada benih palatnya akan hancur berkecai.
Inilah sebab dan akibat mengapa Madey ni kuat sangat kutuk Anwar....kerana benih palatnya masih tidak menjadi dan masih hampeh dari segi kuasa politik....
0 comments:
Catat Ulasan