Rabu, 1 Februari 2012

HATA WAHARI YANG INSAF...

MESKIPUN cuma seorang saja orang seperti Hata Wahari ini memeluk agama DAP namun cukuplah untuk membuktikan kepada masyarakat bahawa cendikiawan di Malaysia dan para alim ulama kini sudah tiada lagi yang tiggal dalam UMNO. Apa yang tinggal hanyalah kaki-kaki ampu dan jenis-jenis manusia yang tamak haloba saja, demi mengejar harta peribadi dan pangkat.

Manusia korap dan jahil saja yang masih duduk bersimpuh dalam UMNO untuk sama-sama melaksanakan keserakahan terhadap negara, manakala orang yang ada sedikit kesedaran mula panas bontot berada dalam UMNO tiada lagi masa untuk berselingkuh bersama. Kadir Sheikh Fadhil, Tg Razaleigh dan banyak lagi mula melalut dan tak tentu arah duduk dalam UMNO. Nak kata mereka ini keluar UMNO pun tidak, dibuang pun tidak tapi asyik duk kutuk parti sendiri saja. Bukan apa...sebab dalam UMNO sudah ketandusan orang-orang berpengaruh seperti mereka.

Maka simpanlah hasrat memajam mereka meskipun mereka ini juga ibarat kudis buta dalam parti. Lagipun sikap penakut UMNO jelas menunjukkan bahawa tindakan melanggar disiplin parti tidak wajar dikenakan terutama kepada Tg Razaleigh. Tanpa mereka maka pincanglah UMNO. Najib takut jika ambil tindakan kepada orang seperti Ku Li bukan apa takut berpecah 10 lah UMNO di Kelantan. Jadi penyulah Awang Adek.

Justru, apa yang UMNO boleh buat hanyalah mengumpul ahli-ahli dan keturunan Ali Setan (Hasan Ali, Ibrahim Ali) yang telah dibuang PAS, beri sedikit tarbiyah kepada P.C.O ini kemudian menghentam parti yang mereka sokong suatu waktu dahulu. Inilah kaedah UMNO yang diguna pakai sejak berzaman dahulu. Hantam parti sendiri mungkin memberi sedikit kelebihan pada mereka. Inilah strategi UMNO.

UMNO hanyalah parti 'pengutip sampah' saja. Orang terbuang dan dibenci dalam PAS atau PKR seperti Zulkifli Noordin, Zahrain dan ramai lagi pecacai najis dipungut, dibelai dan dimahkotakan UMNO bila saat nak pilihan raya ini. Bila dah selesai besok. Adalah janji-janji untuk diberi berbagai kontrak dan projek. Nasiblah, itupun kalau menang.

Hata Wahari sertai DAP

KUALA LUMPUR, 19 Jan — Hata Wahari, wartawan kanan, yang juga merupakan bekas presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) berkata memilih menyertai DAP selepas merasakan parti itu kerap memberikan kritikan berbanding rakan komponen Pakatan Rakyat.

"DAP, rasanya, ia lebih banyak. DAP merupakan parti paling banyak menjelaskan kepada rakyat tentang segala fitnah dan tuduhan-tuduhan yang disiarkan dalam media arus perdana.

"Saya rasa DAP perlu dipertahankan," katanya pada sidang media yang dipengerusikan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Hata, meletakkan jawatan sebagai presiden NUJ, bertugas di Utusan Malaysia sejak 1995 sehingga dipecat pada 21 April kerana mengkritik pengurusan akhbar berbahasa Malaysia.


0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code