Selasa, 3 Januari 2012

SI HITAM LEGAM YANG BANGANG!!!

Serangan RPK Adalah Realiti Siapa Anwar Sebenarnya


KUALA LUMPUR, Jan 3 — Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir menyifatkan serangan terbuka Raja Petra Kamarudin (RPK) ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah realiti sebenar rakyat dan mereka yang semakin tidak berpuashati dengan Ketua Pembangkang tersebut.

Pengerusi The Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM), RPK mendedahkan pemimpin Pakatan Rakyat itu tidak layak diangkat sebagai Perdana Menteri kerana mustahil rakyat akan menerima pengamal homoseksual sebagai pemimpin Malaysia.

RPK yang kini berada dalam buangan sejak 2009 setelah mendakwa Datuk Seri Najib Razak dan isterinya terlibat dengan pembunuhan seorang model dari
Mongolia, Altantuya Shariibuu, tidak secara jelas menggelar Anwar Ibrahim sebagai homoseksual namun menegaskan tidak ada ruang bagi pengamal homoseksual menjadi pemimpin negara ini.

RPK juga berkata beliau "90 peratus" lelaki yang terbabit dalam video seks Datuk T adalah Anwar Ibrahim, dan menambah semakin ramai percaya kepada kesahihan video seks tersebut.

Pengerusi MCLM ini juga menambah rakyat sudah memberikan 21/2 tahun untuk Pakatan Rakyat melalukan reformasi politik dan ekonomi namun tidak ada sebarang petunjuk berlakunya perubahan melainkan meletakkan segala kesalahan kepada kerajaan Pusat.

"Semakin ramai kenalan rapat Anwar menyedari hakikat dan realiti sebenar siapa Anwar Ibrahim. Perjuangan PKR kini bukan untuk parti tetapi lebih kepada perjuangan membebaskan seorang lelaki yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri." kata Zambry. "Keyakinan mereka yang rapat dengan Anwar semakin pudar dan hilang, Anwar tidak lagi boleh melarikan diri daripada realiti dan hakikat ini."

Dalam pada itu, RPK berkata kepercayaan beliau semakin hilang kepada Anwar Ibrahim setelah beliau menafikan mengenali Datuk Shazryl Eskay Abdullah. Beliau menyifatkan Anwar Ibrahim pembohong kerana pemimpin pembangkang tersebut cukup mengenali Shazryl, dan pernah meminta pertolongan untuk membantu seorang bekas konsulat kehormat Thailand.

P/S: dulu RPK kata kat najib sebagai pembunuh, mengapa Si Hitam Metalik ni tidak kata itu mencerminkan realiti siapa Najib sebenarnya, mengapa tidak percaya! Tapi kini bila Si RPK kata kat Anwar Ibrahim Si Hitam pekat ni bantai cukup2 Anwar Ibrahim...Sayang sungguh Si Hitam Legam ni kat Najib noo...



0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code