Khamis, 12 Januari 2012

SHAHRIZAT DISARAN BERCUTI SELAMANYA


TAK payah mintak cuti...bercuti terus lagi baiklah Shahrizat Jalil. Anda duit pun dah juta-juta. Rakyat semakin miskin, sebaliknya kau semakin kaya....

Siasatan NFC: Shahrizat mohon cuti tiga minggu

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah memohon bercuti rehat selama tiga minggu mulai esok daripada menjalankan tugas sebagai menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.

Dalam satu kenyataan kepada Bernama hari ini, Shahrizat berkata beliau telah mengemukakan permohonan itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Saya berharap pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dapat menjalankan siasatan sama ada saya terlibat atau tidak di dalam apa-apa keputusan yang dibuat oleh kerajaan mengenai National Feedlot Corporation (NFC) di mana suami saya Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail memegang jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif," katanya.


Shahrizat berdepan isu NFC, yang diterajui Mohamad Salleh, apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lalu merumuskan projek itu berdada dalam keadaan kucar kacir.

NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import.

Isu itu semakin panas berikutan dakwaan pembangkang bahawa wujudnya penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.

Antara mereka yang secara terbuka mendesak Shahrizat supaya melepaskan jawatannya, adalah ahli parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh dan ahli parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin.

Meskipun diasak pelbagai pihak yang menuntut perletakan jawatannya, tetapi Shahrizat bertegas tidak mahu berbuat demikian dengan alasan apa yang dilakukan oleh suaminya tidak ada kaitan dengan dirinya.

Berikutan itu, PKR membuat pendedahan demi pendedahan yang mendakwa berlaku penyelewengan terhadap dana berkenaan.

Antara pendedahan mereka, dana itu antara lain digunakan untuk tujuan berikut:

  • Membeli dua unit kondominium mewah 'One Menerong' (RM13.8 juta)
  • Membiayai Umrah atas nama suami dan anak lelaki (RM31,580)
  • Perbelanjaan peribadi (RM26,400)
  • Membeli Mercedes Benz CLS350 (RM534,622)
  • Membeli dua lot tanah di Putrajaya (RM3.36 juta)
  • Percutian mewah (RM455,423)

Pada pilihan raya umum 2008, Shahrizat gagal mempertahankan kerusi parlimen beliau di Lembah Pantai. Ketua Wanita Umno itu tumbang di tangan naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

Beliau bagaimanapun, kemudiannya dilantik sebagai senator dan diangkat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Pembaca blok berkata seperti berikut:

Gula: RM1.45/kg (Jan 2010) kepada RM2.30 (Mei 2011) – 58 peratus dalam 18 bulan.Padahal kilang gula diambik aleh oleh FELDA.Rupanya FELDA bukan tolong rakyat, Semasa cina Robert Kuok toke elok jer harga gula tak naik.FELDA amik aleh jer trus naik.

Telur: Gred B RM9/30biji (Sep 2010) kepada RM10/30biji (sekarang).

Tarif elektrik: Kenaikan purata 7.12 peratus pada bulan Jun 2011.TNB terpaksa beli kuasa lektrik dari YTL iaitu syarikat IPP milik kawan baik Mahathir, Mahathir lah punca kerosakan aset2 kerajaan dengan menswastakan harta kerajaan kepada kroni2nya.

Teh tarik dan kopi susu: Kenaikan RM0.10 hingga RM0.20 (9.1 peratus hingga 18.2 peratus).

Roti: Kenaikan 5-14 peratus (2011).

Cukai perkhidmatan[GST]: Kenaikan 1 peratus (cukai tambahan RM720 juta untuk kerajaan persekutuan).

Cukai telco : 6% kononnya Najib nafikan dan mengarahkan syarikat telco membatalkan cukai 6% padahal telah termaktub dalam buku budget 2010 bahawa cukai akan dikenakan selepas PRU13 nanti.

Bawang: Kenaikan 17 peratus (Dis 2010).

Ikan Kembung : harga asal RM3.50 naik kepada RM9 ~ rm13.50.

Inilah musibahnya membiarkan UMNO berleluasa.Mereka gagal untuk menjaga urus negara dengan baik.Masa mereka banyak tertumpu untuk memfitnah parti pembangkang demi kelangsungan kerajaan UMNO terus memerintah dan songlap apa shaja semanjak 54 tahun merdeka lagi.

Dari sini kita berfikir secara NUTRAL, apakah Malaysia akan menjadi spt Greek yang banggrup akibat salah urus negara? Malaysia akan muflis menjelang 2019 dengan hutang negara dijangka melonjak sehingga mencapai RM1,300 bilion jika Umno-BN masih mengekalkan pengurusan perbelanjaan dan pinjaman yang tidak bertanggungjawab..~ King Jason.

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code