Selasa, 31 Januari 2012

MAKMAL UMT HANGUS TERBAKAR

KUALA TERENGGANU: Sebuah makmal untuk bidang pengajian alam sekitar di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) musnah dalam kebakaran malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira 9.30 malam, bagaimanapun menurut Naib Canselor UMT Datuk Aziz Deraman, kebakaran itu tidak menjejaskan pembelajaran memandangkan makmal berkenaan bukan makmal utama.
"Kita bersyukur tidak melibatkan kemalangan yang lebih besar kerana sebelum kejadian ada pelajar meminta kebenaran untuk menggunakankan makmal berkenaan," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya akan membaik pulih makmal itu pada kadar segera.


Sementara itu, Ketua Balai Bomba Daerah Kuala Terengganu, Kamerul Bieza Mohd Kassim berkata pihaknya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengawal kebakaran bagi menggelakkannya merebak ke makmal bersebelahan.


Beliau berkata pihaknya juga mengalami sedikit kesukaran untuk memadamkan api kerana selain berkunci, pelbagai gas dan bahan kimia di dalam makmal tersebut juga bocor. 

"Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan," katanya. 

Kerugian dianggar kira-kira RM50,000, katanya. - Bernama


0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code