Ahad, 29 Januari 2012

BLOGGER UMNO, UMNO, ANWAR DAN SEX.....

SUDAH abih modai...demi mencapai cita-cita politik dan mengekalkan kuasa. Tanpa segan silu mereka mencari berbagai topik hangat, peluang dan fitnah agar penyokong tegarnya terus tertanam dan percaya bulat-bulat setiap isu yang diketengahkan. Anwar adalah satu tokoh yang digeruni oleh musuhnya. Kutuk Anwar maka satu markah ditambah.


Jika semasa Anwar menjadi TPM dulu, ataupun sebelum ini iaitu semasa menjadi ahli UMNO dulu, tidak pula perkara dan tingkah laku beliau didedahkan. Ironinya seorang yang bersifat buruk itu akan dilindungi bila dia berada dalam UMNO saja, sebaliknya jika menjadi ancaman maka segala tingkah buruk akan didedahkan?


Secara logiknya jika Anwar seorang yang bersikap seagaimana yang didakwa, peliwat dan kaki seks. Takkan bila berusia 60 tahun baru beliau bermula kegiatan itu malah semakin banyak pula rakaman lucah beliau diterbitkan. Apakah zaman semasa Anwar bersama UMNO dulu dia seorang yang 'bersih'? Tak ada rakaman dibuat? Tapi kini bahan video lucah Anwar seolah album penyanyi popular selang 6 bulan diterbitkan.

Jika beginilah keadaannya, jelaslah bahawa Anwar ini pada dasarnya berkelakuan jahat selepas menjadi TPM saja, sebelum itu Anwar ini baik dan tidak 'gila seks', pelik juga rasanya. Apatah lagi setiap kali video lucah berkaitan Anwar, akan diterbitkan pula oleh orang yang benar-benar terbabit dengan rogol. Datuk T. Apakah ini menjadi satu kelayakan atau UMNO memang melantik 'makhluk' perogol ini sebagai penyunting filem seks Anwar Ibrahim? Wallahua'lam...

Tapi yang paling pelik lagi ialah blogger UMNO, mereka ini terima bulat-bulat. Padahal mereka tidak tahu bahawa selama Anwar menjadi ahli UMNO sehingga TPM, merekalah yang menyokongnya, menjunjungnya ke hulu dan ke hilir. Tapi selepas Anwar dipecat maka segalanya berubah sekelip mata. Inilah sikap pejuang-pejuang yang diiktiraf oleh pimpinan UMNO sebagai 'hero'. Agaknya masih bannyak lagi stok lagu lucah Anwar dalam genggaman mereka. Lepas satu, satu...!!!

Apakah sebenarnya motif utama mereka? Apakah dengan membuat pendedahan dan keaiban ini sudah cukup untuk rakyat menolak Anwar? Atau sekadar menaikkan imej mereka sebagai promoter seks terkenal tanah air?

Anwar berjuang untuk rakyat, manakala UMNO berjuang untuk diri dan kroni. Inilah perbezaan ketara. Jika Najib melancarkan berbagai kemudahan dan bantuan seperti BR1M, KEDAI 1 MALAYSIA dan sebagainya semuanya itu tidak lebih dari menandingi apa yang dijanjikan Anwar Ibrahim. Menandigi apa-apa yang terdapat dalam BUKU JINGGA. Tiada apa yang lebih dari mendapat sokongan politik rakyat demi mengekalkan kuasa memerintah. Sebabnya dengan memerintah maka semakin banyaklah kekayaan yang diperoleh dari itu. Akhirnya rakyat semakin miskin, yang kaya hanyalah kroninya saja.

Putaran dan kitaran hidup Anwar dan sex tidak akan lekang selamanya dibibir UMNO, album sex ini akan berkumandang sehingga Anwar menutup matanya selama-lama. Namun semangat Anwar akan kekal selama-lama mewarnai sejarah politik negara Malaysia. Meski sejarah ini bakal dipadam oleh prof. Kangkung UMNO, ianya takkan sesekali luntur dek kebangkitan generasi muda yang kenal akan kebobrokan dan sisa najis yang terpalit bersama UMNO.

Permainan yang tidak bermodal oleh UMNO selamanya menjadi agenda tersembunyi meraih dan merayu simpati dari rakyat. Tanpa sedar ramai rakyat yang mula bangkit terang-terangan menentang kepimpinan UMNO yang tidak telus dalam segenap segi bila berkaitan dengan kroni yang terperangkap seperti Shahrizat, Rosmah, Khir Toyo, Jamil Khir dan ramai lagi.

Gejala memberi habuan dahulu, mengumpan rakyat kemudian mengambil balik dengan berbagai kaedah seperti menaikkan harga barang dan berbagai bentuk cukai hanya membawa rakyat 'pi mai, pi mai tang tu juga'. Tapi blogger UMNO tak sedar, tahu hantam saja....

BLOGGER UMNO HANYA TAHU KUTUK ANWAR IBRAHIM SAJA....LAIN TARAK..



0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code