Ahad, 1 Januari 2012

ASAL SAJA DEMONSTRASI, PEMBANGKANG TERLIBAT...PEMBANGKANG..PEMBANGKANG...PEMBANGKANG!!!



ISU tunjuk perasaan oleh segolongan pelajar yang tidak berpuas hati berkaitan dasar pihak kerajaan yang tidak telus dan sering dipinda demi menyekat kebebasan pelajar dari memberi pendapat seperti AUKU selalu dikaitkan dengan parti pembangkang.

Mentang-mentang parti pembangkang dilabelkan dengan sikap suka menentang dan membangkang apa saja yang dikatakan kerajaan maka segala usaha yang bertentangan dengan sebarang sistem yang digubal kerajaan Barisan Nasional akan dilabelkan sebagai berselindung di balik parti pembangkang.

Pelabelan sebegini adalah tidak tepat dan meleset sama sekali. Sebaliknya jika penyokong kerajaan yang mengadakan penentangan dan demo seperti menuntut janji daripada Roni Liu membaiki jalan, berhimpun dan menimbulkan kacau bilau serta riuh rendah tidak sedikitpun pihak polis mengambil tindakan, sebaliknya mengawal dengan baik situasi itu dari diganggu oelh pihak yang menyokong pembangkang. Pendek kata perbuatan demo orang dalam Barisan Nasional langsung dikatakan tiada bersalahan dengan demo yang dilakukan menentang kerajaan yang memerintah sekarang.

Jika pelajar yang ingin meluahkan pandangan mereka meski tiada kaitan dengan politik secara langsung sebaliknya melibatkan tokoh pemimpin negara yang nyata orang politik. Maka sekali lagi demo ini dianggap oleh kerajaan sebagai demo bertopengkan pembangkang.

Tambahan pula bila parti pembangkang cuba mendesak agar tindakan yang wajar diambil oleh polis untuk menenangkan keadaan, bukan untuk mencederakan pendemo.

Malangnya, campur tangan pihak pembangkang untuk membela pelajar ini sekali lagi menyebabkan kerajaan kata, pembangkang yang terlibat. Pada hal perlu diketahui, jika tiada yang tampil membantu, sudah tentu kerajaan akan melakukan tindakan yang tidak patut kepada pelajar yang terlibat ini. Manakala pihak kerajaan tidak mungkin membela orang yang cuba menentang dasarnya. Ini adalah lumrah Barisan Nasional.


NGO, kumpulan siswa kecam tindakan polis

Tindakan polis menyuraikan perhimpunan mahasiswa di Tanjung Malim malam tadi -- yang menyaksikan hampir 20 orang ditahan dan seorang cedera -- terus mendapat kritikan pelbagai pihak, termasuk NGO dan kumpulan mahasiswa.

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) berkata, tindakan polis dan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) akan menimbulkan polemik baru kerana ia tidak bertepatan dengan hasrat perdana menteri untuk mengukuhkan demokrasi yang memberi kebebasan kepada rakyat.

"Seharusnya sebarang perbezaan pandangan serta kritikan perlu diraikan serta diberikan ruang dengan sebaik-baiknya," kata presidennya Ahmad Fahmi Mohd Samsudin (kiri).

Dalam kenyataannya hari ini, Ahmad Fahmi berkata, tragedi di ambang 2012 ini sekiranya tidak diselesaikan dengan baik akan membuka ruang lebih banyak ruang penyalahgunaan kuasa atau budi bicara pihak berkenaan.

Katanya lagi, ini kerana tiada peruntukan yang jelas untuk mengawal serta mengehadkan kuasa serta budi bicara polis dalam mengawal serta menyuraikan sesebuah perhimpunan aman.

Sementara itu, Jingga 13 -- NGO yang dekat dengan PKR -- mendesak kesemua 17 aktivis dan mahasiswa yang ditahan dibebaskan dengan segera tanpa syarat manakala pihak yang cedera wajib diberikan pampasan selayaknya.

Ketua koordinatornya Fariz Musa (kanan)berkata, "tindakan biadap di luar kewarasan manusia" itu tidak dapat diterima oleh mana-mana manusia dan jelas melampaui batas.

"Pihak polis yang sepatutnya menjadi tempat mahasiswa kerdil bergantung harap, meminta pertolongan dan perlindungan tergamak menjadi alat penguasa bertindak zalim!" katanya dalam kenyataan hari ini.

"Jingga 13 mengutuk sekeras-kerasnya tindakan zalim oleh FRU ini! Jingga 13 bersama mahasiswa menolak kekejaman ini, dan kami mendesak anggota yang terlibat dikenakan tindakan tegas!"

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code