Rabu, 18 Januari 2012

ANAK BERANAK ALI SETAN BERTEMPIK-IBRAHIM ALI DAN HASAN ALI


BILA matlamat diri tidak tercapai dalam PAS, maka sikap suka mengungkit dan menganggap segalanya salah orang lain menjadi satu tradisi dalam kalangan ahli politik yang kecewa seperti Hasan Ali dan Ibrahim Ali ini.

Ibrahim Ali insan yanng kecewa setelah tidak dicalonkan oleh UMNO untuk bertanding merebut gelaran YB di laman sendiri iaitu Pasir Mas bertindak keluar parti dan berdendam terhadap Mahathir dan kepimpinannya. Ibrahim Ali yang sejak kecil bermusuh dengan PAS telah sanggup bergabung tenaga dengan PAS demi memenuhi impiannya yang berdendam dengan UMNO.

Ibrahim Ali satu-satunya tokoh politik yang sanggup berpaling tadah demi mencapai cita-citanya . Setelah gagal dalam UMNO maka beliau sanggup memulau UMNO dan isytihar sebagai BEBAS. Kemudian beliau sanggup bertanding atas tiket PAS. Selepas itu apa berlaku? Dia pula sanggup menipu PAS, berpura-pura menentang UMNO, apabila telah berjaya menjadi YB atas dasar sokongan PAS. Maka kini Ibrahim Al-Puru ini tidak kering gusi dari bercakap tentang keburukan PAS dan sekutunya. Inilah bukti kerakusan keturunan Ali Setan

Sanggup turun dijalanan demi menentang setiap agenda PAS serta menjadi mata dan telinga kepada UMNO. Mula membodek-bodek kepimpinan UMNO agar menerimanya kembali seperti dulu setelah kebenciannya terhadap Mahathir terbalas dan membuktikan bahawa dialah seorang pemimpin yang dikehendaki rakyat.  Anak-beranak Ali Setan ini telah melakukan banyak kerja jahat dalam hidupnya. Namun demi apa? Apakah sebenarnya demi rakyat yang dibela?

Setelah dapat apa yang dikehendaki Ibrahim sanggup meludah dan menjilatnya kembali, tanpa rasa loya dan jijik.


Berbalik kepada Hasan Ali hal yang serupa juga berlaku, tapi ini adalah lumrah alam dalam rumah tangga politik di Malaysia.  Bila berlaku perpisahan dan perceraian, apatah lagi seperti Hasan ibarat diberi talak tiga oleh PAS nak rujuk boleh tapi kena kahwin dulu dengan orang (parti) lain. Sudahnya berkelanalah Hasan Ali menjaja cerita dan kemelut kesengsaraan sewaktu hidup bersama PAS. Hasan bakal menyalahkan Anwar Ibrahim yang mengikut pandangan Hasan adalah watak yang paling teruk berbanding dirinya.

Hasan lebih menekankan akidah umat Islam yang menurut pandangannya Anwar adalah seorang pembawa aliran akidah baru iaitu Anwarisme. Sepatutnya Hasan Ali harus muhasabah diri dan sesekali jangan menimbulkan syak wasangka bahawa apa yang berlaku kepadanya (pemecatannya) adalah disebabkan oleh Anwar Ibrahim.

Hasan Ali bakal menjaja dan menjelajah ke seluruh pelosok negara demi menegakkan keadilan bagi dirinya dan merayu simpati agar rakyat memahami dan memilih beliau sebagai calon teraniaya. Bukankah ini juga satu bentuk paksaan terhadap rakyat? Memaksa rakyat berhimpun? Memaksa anak-anak muda datang menilai siapa Hasan Ali sebenarnya, dengan memburuk-burukkan orang lain?

Sudah-sudahlah Hasan dengan perjuangan yang tidak ke mana...sebagai pakar motivasi sepatutnya Hasan akur dan terima musibah itu sebagai satu bentuk pengajaran. Mungkin ada hikmahnya di sebalik semua ini.

Apakah selama ini Hasan membelasah dan menentang serta mengutuk PAS semata-mata kerana tidak suka kepada piagam PAS yang bergabung dengan PKR manakala PKR pula diketuai oleh Anwar Ibrahim?

Apakah ini sebabnya sehingga Hasan sentiasa saja menimbulkan kontroversi dan 'lone ranger' bermula isu gereja sehinggalah isu perhimpunan di mahkamah semasa Anwar dibicarakan? Kenyataan-kenyataan yang diluahkan menerusi media UMNO juga menampakkan Hasan sudah tergoda dengan menjadi tali barut dan kenderaan tunggangan UMNO.

Hasan kini sanggup dijadikan kuda oleh UMNO.,, Sanggup!!!



0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code