Khamis, 12 Januari 2012

AMBOI, AMBOI AMBOIIII...BILA TANG JAMIL KHIR GUNA DUIT ZAKAT IKUT SYARAK, BILA KES LIWAT IKUT SIVIL...KLENTONG LA MAMAT...AKU DAH TAHU!!!

INILAH dia bila kes melibatkan konco UMNO berkaitan menterkedarah duit zakat, ikut bab perundanngan Islam tapi bila bab parti pembangkang ditonyohnya ke mahkamah Lord Reid...binawe tullll...

Dah terang-terang duit itu salah digunnakan dalam mahkamah sivil bbbuat apa nnak ikut mahkamah syariah pulak...ak guna fatwa syarak asnnahfisabilillah la...ciss...matlamat tidak menghalalka cara la deyy...salah tetap salah tak kira kau di jabatan agama kah atau apakah. Itu salah...

Sama gak kalau Soi Lek ranggoh duit tokong Buddha...salah gak kan, kannn!!!

Jangan dibelit lagi...seleweng dan salah guna kuasa bagaikan menjadi santapan harian kepada puak-puak UMNO nihh...apa nak jadi nnih!!!

KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sekali lagi menegaskan penggunaan wang zakat untuk pembiayaan kos bayaran guaman dalam kes berkaitan MAIWP adalah mengikut hukum syarak dan selaras dengan undang-undang yang berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh dalam kenyataannya semalam berkata, Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan (JPHSWP) dalam mesyuarat khasnya pada 3 September 2009 bagi membincangkan anggaran belanjawan MAIWP 2010 meluluskan peruntukan RM205,000 untuk perbelanjaan undang-undang di bawah asnaf fisabilillah.

Beliau berkata, antara faktor memerlukan peruntukan itu diwujudkan ialah Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1992 (Akta 55) dalam Bahagian II Perkara 5 (2) yang menyatakan MAIWP boleh mendakwa dan didakwa dengan nama perbadanannya.

“Dalam melaksanakan tanggungjawabnya terdapat keadaan MAIWP terpaksa mendapatkan keputusan mahkamah seperti dalam kes tuntutan jenazah mualaf yang dituntut keluarganya yang bukan Islam,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan dakwaan penyelewengan wang zakat membabitkan tiga responden seperti dilaporkan akhbar pembangkang, baru-baru ini iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom, Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain bersabit tuntutan kes qazaf Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut laporan itu, Laporan Audit Negara mengesahkan RM63,650 dikeluarkan daripada dana zakat MAIWP bagi mendahulukan bayaran khidmat guaman untuk ketiga-tiga mereka.

Wan Zahidi berkata, mengenai perbelanjaan undang-undang di bawah asnaf fisabilillah, JPHSWP menerima pakai pendapat ulama yang mentafsirkannya dengan tafsiran lebih luas daripada perbelanjaan untuk perang jihad semata-mata.


0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code