Jumaat, 30 Disember 2011

TANGKAPAN DATUK SHAMSUBAHRIN UNTUK ELAK TUMPUAN MASYARAKAT TERHADAP PENYELEWENGAN SALAH LAKU DALAM NFC

Inilah Datuk Shamsubahrin yang kelihatan gembira setelah ditangkap...dalam hati ntah siapa yang tahu
SEMUA orang sudah tahu siapa salah, jika berlaku tangkapan orang lain dalam isu penyelewengan NFC, sudah tentu rakyat tertanya-tanya mengapa tuan punya tidak ditangkap?

betapa gembiranya beliau kerana syahid untuk NFC, selamatkan koloni Shahrizat Jalil dan UMNO
Kambing kelabu asap ini dengan gembira melambai tangan ke arah wartawan (gambar) seolah tiada apa yang berlaku dan yakin bahawa segalanya beres dan terlepas dari hukuman, paling kuatpun hanyalah didenda sahaja.

Setelah didenda maka tumpuan rakyat dalam isu NFC akan dianggap selesai oleh kebanyakan penyokong UMNO termasuk pemimpin yang beriya-iya ingin memecat Shahrizat. Begitu juga kebanyakan rakyat yang tidak faham dan benar-benar mengetahui isu ini akan menganggap perkara ini sangat kecil dan sudahpun selesai.

Inilah pandangan yang cuba dialih oleh para pembesar dalam UMNO menangani isu ini. Sembelih seekor dua kambing bongok ini kemudian beri sedikit habuan demi masa depan mereka jika kelak terpenjara. Setelah itu maka segala permasalahan ini akan dapat diselesaikan dan dirungkai. Shahrizat dan Mohd Salleh terlepas setelah mengorbankan kambing kelabu ini.

KUALA LUMPUR, 30 Dis — Seorang ahli perniagaan bergelar “Datuk” yang cuba memberi rasuah kepada pegawai kanan CCID semasa siasatan skandal Pusat Fidlot nasional (NFC) hari ini didakwa atas tuduhan menipu di Mahkamah Tinggi di sini.

Datuk Shamsubahrain Ismail dituduh menipu Pengerusi NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail sebanyak RM1.76 juta sebagai bayaran rundingan untuk mendapatkan perkhidmatan penasihat.

Shamsubahrin didakwa dengan dua tuduhan menipu di bawah seksyen 420 Kanun Jenayah.

Beliau dikatakan melakukan kedua-dua kesalahan itu pada 20 November di sebuah restoran di Bukit Tunku dan antara 25 November dan 6 Disember di Solaris Mont Kiara, juga di Kuala Lumpur.

Jika sabit kesalahan Shamsubahrain boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Beliau mengaku tidak bersalah di atas kedua-dua pertuduhan itu.

Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain menetapkan ikat jamin sebanyak RM300,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan Shamsubahrain menyerahkan passportnya.

Kes ini akan disebut semula pada 21 Januari.

Shamsubahrain sebelum ini ditahan reman oleh polis kerana dikatakan cuba memberi rasuah kepada tiga hingga empat pegawai kanan CCID yang menyiasat skandal NFCorp.

Polis menyiasat NFCorp atas kesalahan pecah amanah berikutan dakwaan PKR bahawa syarikat itu menyalahgunakan dana jutaan ringgit yang diberikan kepada NFC.

Shamsubahrain, yang memiliki syarikat khidmat perunding dan syarikat teksi premium kemudiannya diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Agensi anti-rasuah itu telah mengumumkan akan menyiasat dakwaan terhadap NFCorp walaupun sebelum ini mengatakan tidak akan berbuat demikian.

SPRM turut merampas sebuah komputer dan beberapa dokumen semasa melakukan serbuan di ibu pejabat NFCorp di Solaris Mont Kiara.

PKR membangkitkan perkara itu selepas projek ternakan lembu bernilai RM250 juta yang dibiayai kerajaan — diuruskan Mohamad Salleh, suami kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil — gagal mencapai sasaran pengeluaran dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Parti pembangkang juga turut membuat beberapa pendedahan berkaitan dengan skandal itu termasuk pembelian dua unit kondominium oleh NFC di Bangsar dan mendakwa syarikat itu menggunakan dana projek untuk perbelanjaan peribadi dan ke luar negara.

Ia juga mendakwa berlaku perpindahan wang ke syarikat yang tidak berkaitan dengan NFCorp di Singapura serta pembelian Mercedes-Benz CLS350 berharga RM534,622 dan dia lot tanah di Presint 10 Putrajaya bernilai RM3,363,507.

Pendedahan terbaru dibuat PKR Selasa lalu, menuduh sebanyak RM10 juta telah digunakan untuk pembelian seunit kondominium di Singapura untuk keluarga Shahrizat.

Shahrizat cuba mengelak daripada dituduh terlibar dengan mengatakan hanya beliau “satu-satunya isteri” pengerusi NFC dan tiada apa-apa kaitan dengan NFC.

Beliau turut berdepan dengan gesaan agar meletakkan jawatan sebagai menteri termasuk dari pemimpin Umno serta bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

P/S: Tun Mahathir memang dah lama tak sebulu dengan Shahrizat setelah mengalahkan Rafidah Aziz, orang kuat Mahathir, sebab itu gesa agar Shahrizat letak jawatan.

Tiada apa yang berlaku terhadap Datuk ini selepas ini, apatah lagi bila SPRM sendiri akan memadamkan apa-apa bukti yang terdapat dalam komputer yang dirampas itu. Bukan macam kes rampasan komputer riba milik Teoh Beng Hock kerana penyokong pembangkang. Ini penyokong parti kerajaan. Sementelah SPRM milik UMNO.




0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code