Sabtu, 24 Disember 2011

KHIR TOYO DI JEL HANYA GIMIK MAHKAMAH PERINGKAT RENDAH

PERBICARAAN kes rasuah bekas MB Selangor berakhir dengan sabitan bersalah dan dijatuhi hukuman penjara setahun dan harta dirampas.

Dr Mohamad Khir Toyo
Namun semua ini hanyalah gimik dan sandiwara perundangan dan mahkamah diperingkat rendah saja. Demi melepaskan pesalah, hukuman ini diberikan bagi memberi peluang kepada kuasa peringkat tinggi seperti mahkamah rayuan untuk mengesahkan hukuman atau sebaliknya memindanya dengan memberi hukuman yang lebih ringan, malah mungkin juga akan dibebaskan terus dengan mengambil kira berbagai faktor seperti mahkamah peringkat rendah ini 'ter'salah dalam memberi hukuman dan sebagainya.

Sekali lagi rakyat didendangkan dengan 'dondang sayang' ala UMNO. Khir Toyo mungkin akan dilepaskan kelak dengan hukuman yang tidak menjejaskan sebarang bentuk periuk nasinya. Keadaan seperti ini sudah lama diketahui umum, terutama yang terlibat dengan perundangan. Segalanya telah dirakam dan direkodkan dengan jelas dalam diari penghakiman terhadap orang kenamaan seperti Khir Toyo. Apatah lagi watak Khir Toyo adalah watak 'protogonis' atau watak putih kepada kerajaan yang ada sekarang.

Khir Toyo akan membuat rayuan berdasarkan berbagai sebab dan alasan yang munasabah dan sudah pasti perkara ini akan diterima diperingkat yang lebih tinggi. Malah mungkin akan diampunkan kesalahannya oleh 'orang yang paling berkuasa' di Malaysia. Akhirnya Khir Toyo-bebas. Mungkinkah masuk parti Bebas?

Pada tanggapan setengah orang terutama yang sokong Khir Toyo dan segolongan ahli dalam UMNO. Kesalahan sedemikian adalah satu kesalahan yang kecil saja. Malah lebih teruk ialah masih ramai yang berkeadaan seperti Khir Toyo tapi masih bebas dan tidak pernah terperangkap dalam situasi seperti beliau. Malah ada yang sudah bersara dan lebih kaya-raya dari beliau tapi tidak pernah didakwa di mahkamah atas kesalahan rasuah ini. 

Malah semua orang tahu bahawa pemimpin UMNO yang bersara dari politik peringkat tinggi seperti Khir Toyo semuanya kaya raya. Semuanya senang lenang sehingga ke anak cucu juga mampu menjadi ahli politik seperti mereka juga kerana sudah ada modal dan pengaruh. Inilah legasi yang dipupuk UMNO dengan teliti dan tekun sekali.

Sandiwara mahkamah peringkat rendah dengan menjatuhkan hukuman kepada Khir Toyo hanya melepaskan tanggungjawabnya saja demi memberi peluang kepada Khir membuat rayuan dan membuka peluang kepada mahkamah peringkat tinggi menilai semula keputusan itu.

Sama ada kekalkan hukuman atau reduce (kurang) malah bebas sekiranya ditafsirkan 'tersilap keputusan' semuanya boleh dibuat. Namun untuk meredakan kerisauan awam, mahkamah ini terpaksa mengambil keputusan sabitan dahulu kemudian akan diampunkan diperingkat rayuan. Inilah skrip yang sudah tertulis dalam sandiwara perbicaraan orang kenamaan seperti Khir Toyo. Segalanya sudah jelas dan terang. Hanya tunggu dan lihat saja. Khir Toyo akan dibebaskan dan tidak mungkin sama sekali akan dipenjarakan paling kuat hanya satu 'dendaan' saja.



0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code