Selasa, 15 November 2011

ZAHID HAMIDI DITAJA KE MEKAH NAIK JET PERIBADI-INI BUKAN RASUAH!!!


ZAHID Hamidi selaku menteri pertahanan tidak sewajarnya menggunakan apa-apa kenderaan yang menimbulkan keraguan dan syak wasangka rakyat, apa lagi untuk mengerjakan haji, membersihkan dosa. Lagi pula bila dengar PM juga turut serta dalam rombongan itu. Jumpa bos atau tunjuk muka pada bos di Mekah lebih memberikan jaminan kepada bos bahawa kesetiaannya tidak berbelah bagi. Bukan haji yang diutamakan tapi ada maksud tersirat di sebalik itu...benarkah Zahid?

Tidak salah jika berniat begitu tapi jagalah sikit hati rakyat yang semakin terluka dengan kemewahan yang dikecapi pemimpin kerajaan, sedangkan rakyat biasa terkial-kial mencari rezeki untuk hidup apatah lagi untuk menunaikan haji.

Zahid mengaku ke Saudi naik jet peribadi, nafi miliknya

KUALA LUMPUR, 15 Nov — Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui beliau telah pergi ke Arab Saudi baru-baru ini untuk menunaikan haji dengan menaiki sebuah jet peribadi tetapi menegaskan pesawat itu adalah milik kawannya.

Naib Presiden Umno itu menolak dakwaan disiarkan oleh beberapa blog dan SMS yang mengatakan jet peribadi itu kepunyaan beliau.

“Betul, tapi saya tumpang orang punya jet. Kebetulan dia pun buat haji,” kata beliau (gambar) dalam respons menerusi SMS kepada The Malaysian Insider hari ini.

Dalam respons ringkas itu beliau seterusnya berkata: “Salah ke (tumpang jet kawan ke Saudi)?”

Zahid, Ahli Parlimen Bagan Datok dilantik sebagai Menteri Pertahanan pada 2009 ketika era pentadbiran Najib.

Sebelum itu beliau merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal Islam.

Dakwaan diterima menerusi e-mel menyebut Zahid telah pergi untuk menunaikan haji tahun ini dengan menaiki jet peribadi.

Menurut dakwan itu, isteri beliau Datin Seri Hamidah Khamis telah berada di Madinah terlebih dahulu dan beliau menjemput dengan jet peribadi dan kemudian ke Jeddah.

“Siapa empunya jet peribadi ini, jika sahabat beliau; dengan tujuan apa diberi untuk menggunakan jet peribadi ini. Adakah sahabat beliau yang mempunyai kepentingan dalam Kementerian Pertahanan?

“Jika beliau menggunakan wang sendiri untuk menyewa jet berkenaan; dari mana beliau dapat wang sebegitu banyak?” kata dakwaan itu.

Dakwaan itu juga menyebut beliau sering ke Arab Saudi terutama ketika Ramadan dengan rakan kongsi yang sama beliau bernama “Tuan Sheikh Rozi”.

Bagaimanapun Zahid tidak menyebut nama rakan beliau memiliki jet peribadi itu dalam responsnya.



0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code