BESAR cita-cita tokoh politik ini ingin menjadi Menteri Besar Kelantan. Tapi malangnya cita-cita beliau itu bakal tersungkur menyembah bumi. Apa tidaknya, jika dengar orang UMNO bercakap memang benar Tuk Pa akan mnjadi MB kerana dasar lurahnya, sesiapa yang menjadi Ketua UMNO negeri akan menjadi MB. Namun itu pendapat kemacar UMNO sahaja.
Secara kasarnya ya, sebab sudah tidak ada lagi tokoh yang sesuai dalam UMNO Kelantan untuk menerajui pucuk pimpinannya melainkan Tuk Pa seorang yang menang dan nampak timbul di air paras lutut. Itu saja! Jika dilihat dalam konteks melobi, Tuk Pa terkenal dengan ketokohan seorang pelobi sehingga diri sendiri berjaya menjadi menteri, Tuk Pa bawa pulang ke Jeli lampu 'traffic light', KFC, dan terbaru Politeknik yang tak siap-siap. Konon atas dasar cuba membangunkan kawasan 'ulu', dulunya penduduk di sana pening melihat trafik light tapi kini Jeli agak membangun bersama segelintir harimau yang belum diburu oleh konco-konco Tuk Pa yang dapat lesen senjata dengan mudah hasil pelobian Tuk Pa.
Namun secara halusnya jika Tuk Pa menjadi Menteri Besar Kelantan, maka akan hancurlah negeri ini, akan punah ranahlah negeri ini oleh gejala sosial dan maksiat. Kembali aktiflah Magnum, TOTO, judi halal, pusat karaoke dan sebagainya. Tumbuh bak cendawanlah kegiatan seperti ini di Kelantan. Sudah tentu pembangunan yang dibuat di Kelantan hasil sumbangan syarikat judi yang berleluasa. Mahukah penduduk Kelantan yang ingin kepada agama menerima kemaksiatan sebegini? Sudah tentu jauh panggang dari api.
Jika sesiapa yang pernah melawat pejabat UMNO, atau pos-pos UMNO di seluruh Kelantan, seperti Tanah Merah yang jelasnya dekat dengan Tuk Pa. Apa yang ada? Set karaoke yang besar dengan sound sistem puluhan ribu ringgit tersedia di sana. Sesiapa yang ingin dan gian menari atau bersosial, maka pergilah ke pusat-pusat UMNO di Tanah Merah dan umumnya di Kelantan, nescaya kepuasan maksiat sebegitu tersedia di sana.
Malah polis sama sekali tidak akan 'kacau' jika maksiat dilakukan di pusat UMNO. Konon atas nama parti. Malah secara terang-terangan polis di Kelantan menyokong kuat UMNO. UMNO akan diberi kebebasan manakala PAS amat terhad, hinggakan ingin mengadakan ceramah berkaitan agama sekalipun akan segera dipantau oleh polis di Kelantan.
Ini belum lagi menyebut soal 'rakit'. Keadaan UMNO di Kelantan berpuak-puak. Ada rakit masing-masing jika menang maka rakit yang kalah akan dihanyutkan ke Sungai 'Kusial' untuk melakukan upacara penyucian dosa. Sebaliknya tanpa disedari yang kalah akan tetap berjuang dengan 'cah geting' sesama sendiri, kecuali jika ditawarkan berbagai projek demi memujuk rakit yang kalah untuk tidak menyokong parti lawan.
Senario politik yang berpuak-puak hatta dalam parti sendiri (UMNO) menjahilkan Tuk Pa untuk menggapai realiti menjadi MB. Orang kuat Tuk Pa merupakan orang kaya di Kelantan bakal menyediakan dana yang besar untuk menghadapi PRU 13 nanti. Tokoh muda Pengkalan Chepa ini pernah tewas di tangan Tuk Guru Nik Aziz. Beliau yang dimaksudkan ialah Ropli Ishak. Beliaulah anak didik Tuk Pa yang diberi kepercayaan dengan membuka berbagai kilang di Kelantan atas dasar inisiatif Tuk Pa. Kini Ropli Ishak salah seorang yang kaya di Kelantan dan mungkin orang nombor satu terkaya di Pengkalan Chepa. Garaj keretanya saja berjumlah 20 buah sudah cukup menggambarkan kehebatannya. Rumahnya pula 14.000 kaki persegi. Malah bukan sebuah rumah saja yang dimiliki tapi lebih dari 5 buah rumah termasuk di KL. Inilah kehebatan orang kanan Tuk Pa!
Dari sisi lain yang belum lagi dikira dengan jumlah lesen kontraktor yang ada di Kelantan. Jika memohon sesatu projek yang dikeluarkan kerajaan pusat, tandatangan Tuk Pa mesti diperlukan untuk mendapatkan projek itu. Jika tidak jangan mimpilah, manakala pemegang lesen anutan PAS langsung tidak diberi peluang. Apa yang sangat menyedihkan meskipun lesen itu berkali-kali buat dajal dan track record lesen itu sangat buruk. Tapi jika ada tandatangan Tuk Pa maka lesen itu akan dipertimbangkan. Lesen lain mampus begitu saja. Segala projek akan masuk dalam akaun perhitungan orang kuat Tuk Pa. Tuk Pa akan memberi projek kepada orang yang dikenali saja, buka mengira kehebatan syarikat tersebut menyiapkan projek. Tapi kenal dan pujuk saja maka 'beres' yang penting orang yang dapat projek tersebut mestilah UMNO.
Ini juga tidak nampak oleh juak-juak UMNO yang kuat melobi untuk menaikkan Datuk Pa sebagai MB, padahal Tuk Pa inilah yang menghalang kuat Kelantan mendapatkan royalti yang merupakan hak mutlak rakyat Kelantan. Tuk Pa dengan angkuh menyatakan bahawa segala hasil minyak yang ada di utara negeri ini adalah hak kerajaan pusat kerana dia berhampiran dengan perairan antarabangsa. Bangsat sungguh pemikiran Tuk Pa, dengan mendakwa kedudukan hasil minyak itu jauh dari Kelantan. Padahal secara logiknya masihkah kerajaan pusat dapat hasil minyak tersebut andai negeri Kelantan ini tiada di Malaysia. Adakah masih dikira perairan antarabangsa andai negeri Kelantan ini tiada dalam peta. Bangang dan bodohnya pemikiran seperti ini.
Jadi huraian yang sedikit ini dapat menggambarkan betapa jauhnya Tuk Pa kebanggan UMNO untuk menjadi Menteri Besar Kelantan meski dalam PAS sendiri dakwa UMNO Nik Aziz sudah lanjut usia. PAS demi rakyat tapi UMNO demi kerabat....tak sama tu...!!! klik sini
1 comments:
Orang yang dikatakan 'orang kanan' Tok Pa ni bukannya baik sangat pun. Berlagak baik & alim....tapi sebenarnya......
Catat Ulasan