"SIAPA sangka?" Tanya seorang peminat beruk di Kelantan. Tak siapa menduga sedikit pun kisah ini menjadi tauladan kepada orang berpangkat 'Bos'.
Ceritanya bermula di sebuah daerah di Bachok (Awang Adek punya tempat). Pada satu musim, iaitu musim kelapa 'susah', akibatnya harga meningkat secara mendadak dan menjadi sumber ekonomi yang memberangsangkan bagi penduduk sekitar Bachok. Permintaan kelapa agak tinggi terutama menjelang musim perayaan seperti sekarang telah membuka peluang pekerjaan kepada pemanjat kelapa.
Maka di sana tinggallah seorang pemuda bernama Najib yang kerjanya hanya mengambil upah memanjat kelapa. Tapi kerana permintaan tinggi dengan kederat yang seketot maka tidaklah sempat akan dia untuk memanjat semua pokok kelapa yang ada di daerahnya.
Setelah berhari-hari memikirkan bagaimanakah cara untuk menyelesaikan masalah ini, Najib telah mengambil keputusan mencari pembantu. Siapakah yang layak menjadi pembantunya? Lalu, keluarlah dia merayau ke segenap ceruk kampung mencari pembantu memanjat kelapa. Maka sambil berjalan dia berfikir ke mana langkah kakinya pergi maka di situlah tempat dia bertanya.
Pantang berjumpa dengan orang yang melintas jalan, kedai kopi malah di mana saja ada kelibat orang maka tak henti-henti Najib bertanya perihal pembantu yang dikehendaki tersebut.
Setelah 2 hari perjalanan masuk kampung, keluar kampung. Maka sampailah Najib ke sebuah daerah bergelar daerah Gual Ipoh, yang terletak di Tanah Merah. Adapun penduduk di sana tinggalah seorang yang hebat, segala katanya dipatuhi, segala tegurannya didengari. Jika tidak, maka akan rebahlah kampung tersebut, akan pincanglah kampung itu kerana derhaka kepada orang ini, rosak binasalah ia kerana tidak dengar akan kata orang tersebut. Maka disebut orang akan nama orang yang hebat ini ialah Pakda Yok.
Pendek kata, sekiranya ada masalah yang tidak dapat diselesaikan meski sebesar gajah sekalipun, namun bila saja berjumpa dengan Pakda Yok. Beliau mampu selesaikannya. Pakda Yok lah tempat orang kampung mengadu hal. Segala hal termasuk memilih alon parti politik juga Pakda Yok yang tentukan.
Adapun Najib setelah mendengar berita berkenaan kehebatan Pakda Yok hatta dengan segera dia berlari-lari menghadap Pakda Yok menceritakan maksud kedatangannya itu.
Setelah Pakda Yok mendengar akan maksud kedatangan Najib, kebetulannya memang Pakda Yok inilah pelatih beruk pemanjat kelapa yang hebat, guru yang mursyid bagi beruk. Sehingga beruk peliharaannya mampu memanggilnya 'Lou Sher' (guru). Setengahnya jika beruk itu diimpot dari Thailand, beruk-beruk itu mampu memanggilnya dengan gelaran 'kru' yang bermaksud cikgu. Begitulah hebatnya Pakda Yok melatih beruk yang berpotensi melakukan kerja dan berkhidmat kepada masyarakat.
Setelah Najib mengadul akan keinginannya, maka dengan cepat pula Pakda Yok memberi respon kepada permintaan tersebut.
Pakda Yok kata, ada tiga pembantu yang berlainan harga mengikut rangking dan tugas yang dikelaskan kepadanya. Pakda Yok menegaskan lagi bahawa pembantu itu bukannya manusia tapi 'beruk'. Tegasnya lagi beruk juga ada 'ilmu' macam manusia juga. Sebab itu beruk ini ada nama.
Najib yang kepeningan dan 'mutar itik' tidak begitu jelas dengan penerangan itu tadi, mengambil langkah mendengar dan mengangguk saja. Kemudian geleng-gelengkan kepala bukan kerana tak setuju, tapi kerana hebatnya beruk yang digambarkan oleh Pakda Yok.
Pakda Yok menjelaskan bahawa terdapat 3 ekor beruk di belakang rumahnya mengikut kategori harga dan bidang tugas iaitu RM 500.
Tanpa berlengah, Pakda Yok terus menunjukkan beruk itu kepada Najib. Beruk ini ada nama. Jika tidak dipanggil dengan nama tersebut maka kerja tidak siap. Namanya si Samuddin. Nama pendeknya ialah Sam saja.
Beruk ini jelasnya berharga RM 500 kerana Najib tidak perlu bersusah-susah. Najib hanya tunggu sahaja di bawah mana-mana pokok. Si Sam inilah yang akan memanjat, memetik dan akhirnya mengupas kelapa tersebut. Najib tidak perlu bersusah-susah. Tunggu dan terima hasilnya saja! Jelas Pakda Yok.
Wow! Najib semakin teruja dengan kehebatan beruk tersebut kerana mampu melakukan kerja sehingga siap, tinggal lagi Najib hanya memunggah hasil tersebut untuk dihantar kepada pelanggan.
Hebat sungguh beruk ini fikir Najib.
Inilah Si Samuddin - Harganya RM 500.00. Siap sehingga kupas sekali. |
Namun dalam keghairahan yang dirasakan Najib terhadap Sam tadi, sekali lagi Najib teruja dengan kehebatan yang ditunjukkan oleh Pakda Yok. Iaitu seekor beruk yang dinamakan 'Mohid' atau nama glamornya Muhyid.
Pakda Yok menjelaskan bahawa harga Mohid lebih mahal berbanding Sam kerana bidang tugasnya. Harga nya mencecah RM700. Kata Pakda Yok lagi. Kehebatan beruk ini ialah Najib tak perlu ke ladang atau ke tempat di mana kelapa itu mahu dipanjat.
Sebaliknya Najib hanya mengarahkan saja dengan memberi salinan 'geran tanah' tempat ladang kelapa itu dan alamat pelanggan. Segala urusan jual beli dengan pelanggan semuanya akan diaturkan oleh Si Mohid ini. Si Mohid ini sangat pintar dan hebat. Segala bayaran akan terus dimasukkan ke dalam akaun Najib tanpa perlu Najib memantaunya. Inilah kerja si Mohid. Sangat hebat!
Sekali lagi Najib terkejut bewok dengan penerangan Pakda Yok. Rupanya dalam kehebatan si Sam, ada lagi yang lebih hebat darinya. Najib sedikitpun tidak menduga. Harga menentukan tugas dan kecerdikan seseekor beruk. Ada pangkatnya tersendiri dalam kelasnya.
Inilah si Mohid dengan transportnya. Si Mohid ini berharga RM 700.00 sahaja |
Namun dalam keterujaan tersebut baik kehebatan Si Sam mahupun si Mohid. Pakda Yok membawa pula Najib berjumpa dengan beruk yang ketiga. Nama beruk ini ialah Mahdir. Harganya juga agak mahal iaitu RM 1000. Mahdir ini tinggal dalam sangkar khas dan dikelilingi beruk-beruk betina.
Kehidupan Mahdir agak mewah, makan bertampu dengan istananya dihiasi dengan lampu yang berkelip-kelip. Mewah sungguh pada pandangan Najib kehidupan si Mahdir ini. Pendeknya apa yang dihajati pasti dapat oleh si Mahdir ini....
Wooowwwwww...Najib berfikir sendirian jika harga RM 1000, maka sudah tentu Si Mahdir ini lebih hebat berbanding Si Sam dan Si Mohid.
Tanpa menunggu penerangan dari Pakda Yok, terlebih dahulu Najib bertanya akan kehebatan Mahdir ini.
Tapi malangnya Pakda Yok membisu seribu bahasa, Pakda Yok hanya mnggeleng-gelengkan kepala sahaja..
Si Mahdir hanya duduk dan isap rokok saja, tapi harganya RM 1000.00 |
Entahlah...jawab Pakda Yok. Dia juga tidak tahu apa kelebihan Si Mahdir. Cuma apa yang dia tahu hanya satu perkara yang menyebabkan si Mahdir ini mahal harganya.
"Mengapa?" Tanya Najib
Pakda Yok menjawab senang saja..."Entahlah tapi kedua beruk yang hebat tadi, Si Sam dan Si Mohid memanggil si Mahdir dengan panggilan 'Bos'. Itu saja....!!!
Mereka ini bekerja sebab si Mahdir ini. Jika tidak ada suara dari Mahdir maka tidaklah pula mereka sanggup untuk bekerja. Jadi...."
"Jadi apa?" tanya Najib...
"Jadi, kalau nak beli...saudara Najib harus membeli ketiga-tiganya sekali"
"Kalau tanpa 'bos' bagaimana mereka mahu buat kerja?"
"Waduss..." jawab Najib
P/S: Krahh krahhh krahhhh Apple lerrr!!! Kalau mahu jdi 'Bos' jangan jadi bos yang berharga RM1000.00. sebab macam beruk.....!!!
0 comments:
Catat Ulasan