Selasa, 1 November 2011

MABRURKAH HAJI NAJIB DENGAN ROSMAH JAMBUL SEJEMPUT

NAJIB dan isteri, Rosmah melambai ke arah orang ramai di Kompleks Bunga Raya, Sepang semalam sebelum berlepas ke Mekah untuk menunaikan haji.

TAHNIAH kepada orang kaya Najib kerana dapat menunaikan haji dengan penerbangan peribadi dan segalanya peribadi. Menunaikan rukun Islam ke lima adalah wajib bagi yang mampu.

Apapun gaya pemakaian Rosmah bini Najib agak tidak sesuaui sebagai bakal haji kerana masih menunjukkan aurat dengan jambul sejemput di dahi. Inikah pemimpin Islam di Malaysia?

SEPANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Rosmah Mansor berlepas ke Arab Saudi semalam bagi menunaikan ibadah haji.

Mereka turut diiringi bonda Najib, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim serta Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.

Mereka berlepas ke Madinah dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada kira-kira pukul 5 petang.

Sementara itu, Najib dalam Twitternya sebelum berlepas ke Arab Saudi berkata: "Saya akan menunaikan fardhu haji sebentar lagi. Terima kasih di atas doa anda semua."

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman serta beberapa menteri Kabinet adalah antara orang kenamaan yang berada di lapangan terbang mengucapkan selamat jalan kepada Perdana Menteri dan isteri. - Bernama

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code