Selasa, 1 November 2011

ISTANA TIDAK TERSINGGUNG DENGAN KELANCANGAN SOI LEK!!!

LIM GUAN ENG telah menghina negeri Johor konon dikatakan Johor banyak terlibat dengan aktiviti penculikan. Akhirnya LGE dituntut untuk meminta maaf atas desakan UMNO kerana telah menyinggung sultan Johor.

Tapi sebaliknya bila Soi Lek orang Labis, Johor menghina agama Islam dengan mengatakan hudud itu satu hukum yang kuno dan pelabur semua akan lari dan ekonomi bakal merudum sekiranya hudud dipraktikkan. Kata-kata Soi Lek penzina ini nampaknya tidak sedikitpun menyinggung sultan Johor selaku orang yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam. Peliknya.


Nampaknya jika bab dunia, jenayah dan ekonomi yang ditimbulkan oleh pembangkang cepatnya istana tersinggung (dakwa UMNO)walaupun itu bukan tugas rasmi seorang sultan. Namun bila bab yang terang-terang bidang kuasa sultan iaitu bab agama, tidak pula sultan tersinggung. Nampaknya jelaslah UMNO begitu takut dengan Cina MCA.

Malah Soi Lek bebas melakukan apa saja termasuk berzina tapi masih dibebaskan dan dilantik juga oleh BN sebagai presiden MCA. Bukankah ini lebih memalukan lagi negeri Johor. Tapi tidak pula istana tersinggung. Sepatutnya seorang pemimpin yang berzina akan memberikan gambaran yang dasyat lagi teruk terhadap sesebuah negeri.

Pelik dan ajaib suasana politik semasa hari ini. Namun untuk membicarakan soal ini dengan lebih jauh mungkin tidak boleh sebab melibatkan berbagai halangan perundangan peringkat tinggi. Cukup setakat ini saja untuk tatapan umum. klik sini



0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code