Isnin, 21 November 2011

HIMPUN TIDAK IKHLAS TANGANI MURTAD


HIMPUN satu pertubuhan yang gagal menjemput sejuta umat bagi mengikis berlakunya 'murtad' dalam kalangan umat Islam sebenarnya hanyalah vertopengkan politik UMNO semata-mata. Jika hudud adalah identiti yang dilabelkan oleh segenap lapisan masyarakat dalam UMNO bahkan bukan Islam dalam BN adalah milik PAS dan ciptaan PAS, namun begitu juga dengan murtad, isu pencegahan murtad dan perjuangan mengekang murtad yang laungkan HIMPUN adalah ciptaan politik UMNO semata-mata.


Himpun tidak ikhlas, HIMPUN takut berdepan golongan murtad. HIMPUN gerun campur tangan masyarakat antarabangsa. HIMPUN bukan pejuang sejati Islam. HIMPUN gagal pada dasarnya. Segala perkaitan isu murtad hanyalah lebih kepada sikap mengada-ada dan mengampu masyarakat Islam untuk memilih UMNO sebagai peneraju kekal negara Malaysia.

Pengerusinya Mohd Azmi Abdul Hamid menolak mentah-mentah cadangan Dr Asri agar nama-nama si murtad diumumkan demi hal berkaitan keselamatan dan maruah orang yang murtad adalah tidak kena pada tempatnya. Sedangkan selama ini hebahan di media-media kerajaan tidak menolak menyiarkan penama-penama yang tidak menjelaskan PTPTN dan berbagai jenis nama yang terlibat dengan hutang. Nama mereka disiarkan, dihebahkan kepada umum. Tidak pula mengambil kira maruah si pemiutang tersebut.

Isu keselamatan yang dikatakan Islam terlalu sensitif dengan sesiapa yang murtad tidak timbul sama sekali. Sudah ramai yang murtad dan diketahui umum seperti Siti Aishah, Lina Joy, Azhar Mansur dan banyak lagi nama yang terdedah kepada umum kisah kemrtadan mereka. Tapi, apakah yang tindakan yang diambil oleh umat Islam di Malaysia menghukum mereka, membuli mereka, menghentam atau memukul mereka? Adakah perkara ini berlaku? Tidak sama sekali. Justru gesaan Asri agar hebahan dibuat bagi mendedahkan nama mereka harus menjadi satu agenda kepada HIMPUN bagi menjelaskan kepada masyarakat bahawa mereka inilah merupakan manusia yang telah murtad di Malaysia.

Jika nama ini tidak didedahkan maka secara realistiknya usaha mengekang perbuatan murtad ini tidak terlaksana sepenuhnya. Mengapa harus disembunyikan keserakahan ini. Begitu juga dengan polis yang mahu menangkap perompak,tapi gambar perompak diperap dan disembunyikan. Bukan tak dapat tangkap perompak itu akhirnya tapi tindakan itu agak lambat. Cuba didedahkan kepada umum maka nescaya langkah ini lebih cepat dan berkesan.

Para pengamal murtad ini juga demikian, bila nama mereka didedahkan pada awal pembabitan mereka terjerumus ke dalam agama lain, mungkin mereka terasa malu dan agak risau memikirkan perkara ini. Ini dari sudut pandangan psikologi bagi yang mahu berfikir tapi bagi para pemurtad yang tegar ianya tidak mungkin dapat mengubah apa-apa.

Kesimpulannya apa yang jelas ialah cadangan mendedahkan nama orang yang murtad harus menjadi satu agenda wajib HIMPUN jika benar-benar ikhlas menangani isu ini. Jangan memberi berbagai alasan yang tidak logik dan tidak masuk akal sama sekali. klik sini



0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code