Rabu, 16 November 2011

DAKWAT KEKAL: BN BANYAK SONGEH!!!

JELAS tiada sebarang gangguan diperingkat perundangan berkaitan penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya nanti. Tapi nampaknya banyak pula songeh yang ditimbulkan oleh BN agar usaha penggunaan dakwat ini tidak dilaksanakan. Takut sungguh BN kepada dakwat.

nampaknya tak perlu bersusah-susah untuk menjatuhkan BN, hanya guna dakwat saja pun dah lari lintang-pukang. Rebah berguling-bating. Setara ini saja pun sudah cukup untuk membuktikan bahawa pilihan raya yang lepas penuh dengan penipuan dan taktik kotor UMNO. Ini tidak termasuk lagi soal membeli undi dan memberikan IC percuma kepada pendatang.

Padan dengan ugut nak guna dakwat sajapun sudah membuktikan kegentaran UMNO dan BN seluruhnya menipu dalam setiap pilihan raya umum yang lepas. Jika tidak mengapa banyak pula songehnya....


Dakwat kekal: PSC minta penjelasan AG esok
KUALA LUMPUR, 15 Nov – Jawatankuasa pilihan khas Parlimen (PSC) akan bertemu Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail esok berhubung cadangan penggunaan dakwat pada pilihan raya umum ke-13.

Penggunaan dakwat kekal dibatalkan saat-saat akhir pilihan raya umum 2008.

Pengerusinya Datuk Seri Dr Maxmus Ongkili (gambar) berkata Gani telah diminta menghadiri mesyuarat PSC kelima esok kerana anggota jawatankuasa tersebut mahu mendengar penjelasannya mengenai cadangan penggunaan dakwat kekal.

“PSC telah menjemput Peguam Negara untuk memberi pandangan mengenai soal undang-undang berhubung Perlembagaan yang dibangkitkan pada sesi pendengaran awam,” katanya dipetik Bernama Online.

Katanya majoriti anggota PSC percaya cadangan penggunaan dakwat kekal boleh dilaksanakan tetapi mahu penjelasan Peguam Negara berhubung Artikel 119 dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sejak seminggu lalu, pelbagai pihak telah memberi pandangan kepada PSC termasuk bekas presiden Majlis Peguam Datuk S. Ambiga dan presiden semasa Lim Chee Wee yang berpendapat Perlembagaan Persekutuan tidak perlu dipinda untuk membolehkan dakwat kekal digunakan ketika pilihan raya di negara ini.

Dalam pada itu, seorang ahli jawatankuasa itu, Datuk Alex Nanta Linggi berkata mereka menyokong cadangan penggunaan dakwat kekal tetapi mahu isu-isu perundangan diselesaikan kerana jawatankuasa itu tidak mahu silap dalam membuat keputusan.

Seorang ahli jawatankuasa, P Kamalanathan berkata pelbagai maklum balas dan input yang dikumpul menunjukkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), individu dan parti politik menyokong cadangan penggunaan dakwat kekal.

“Mesyuarat esok dengan Peguam Negara adalah untuk mengkaji dari sudut perundangan. Kami tidak mahu terburu-buru untuk memutuskan dan kemudian menghadapi masalah. Kami mahu melihat baik buruknya.

“Kami tidak mahu sesiapa sahaja mengemukakan petisyen di mahkamah bagi membatalkan keputusan pilihan raya hanya semata-mata dakwat kekal,” katanya.



0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code