KELANTAN - Jabatan Pelajaran Negeri mengarahkan semua sekolah agar mewajibkan para ibu bapa hadir untuk menerima wang bantuan kerajaan seperti yang dijanjikan sebanyak RM100 yang diberikan kepada pelajar.
Jika ibu bapa gagal hadir maka akan diugut duit itu tidak akan diberikan, tujuannya ialah untuk mendengar ceramah yang bakal diberikan oleh orang kuat UMNO setempat atau paling tidak 'dibrainwash' dahulu untuk meraih undi dan sokongan agar para ibu bapa mengundi UMNO pada pilihan raya nanti.
Perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini jelas menunjukkan bahawa pemberian RM 100 kepada pelajar itu hanyalah satu gula-gula politik sahaja.
Setelah menang pilihan raya nanti kerajaan akan mengenakan GST dan berbagai kaedah memerah pendapatan rakyat untuk mengembalikan apa yang diberikan ini. Para ibu bapa harus ingat bahawa ini semua adalah strategi politik murahan UMNO kepada rakyat sahaja.
UMNO kian terdesak untuk meraih undi, segala bantuan yang didendangkan bukan bertujuan untuk menunjukkan keikhlasan tapi sebenarnya hanyalah topeng untuk mempopuliskan UMNO sahaja.
Jika benar-benar bantuan itu ikhlas, mengapa ibu bapa seharusnya hadir mendengar ceramah UMNO dahulu? Ini semua tidak masuk akal langsung...
0 comments:
Catat Ulasan