Rabu, 2 November 2011

BOB LOKMAN BERANI....BUKAN MACAM NAJIB.....PENAKUT!!!


JAUHNYA jika nak bandingkan Bob Lokman seorang seniman dengan Najib seorang politician.


Bob Lokman sanggup ke penjara demi mencari keredhaan agama. Berceramah bab agama. Tapi Najib sanggup menjual maruah agama kepada MCA dan MIC kerana takut melaksanakan hukuman hudud.

Bob ditahan di Masjid Kampung Sungai Lui, Hulu Langat pada 10 Oktober lalu kerana didakwa menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah kepada kira-kira 70 hadirin.

Bob Lokman tidak pernah takut untuk berdepan dengan sebarang tindakan yang bakal dikenakan kerana beliau berjuang untuk Islam, bukan macam Najib.


NONE
Najib lari ke Mekah tunai haji demi mendapat keampunan atas dosa-dosa besar yang dilakukan terhadap Islam. Orang buat haji Najib pun buat haji. Tapi Najib dapat layanan istimewa dengan iringan tentera, tapi rakyat terkotel-kotel di sana. Inilah konsep rakyat didahulukan Najib. Betapa susahnya rakyat nak cium hajarul aswad, tapi Najib senang dan mudahnya berbuat demikian.

Najib sanggup memajak gadai Islam kepada Cina MCA demi semata-mata mempertahankan kuasa politik.

Najib sanggup mengambil peluang mengaibkan musuh politiknya Anwar Ibrahim bila Saiful datang berjumpanya.

Najib sanggup berbuat perkara terkutuk itu hanya untuk menjatuhkan karier politik Anwar Ibrahim. Najib takut Anwar akan melawannya. Justru dengan peluang yang terbuka luas hasil perjumpaan dengan Saiful maka dengan pantas Najib menghasut Saiful supaya mendakwa Anwar dengan kes liwat yang dikatakan berlaku sebelum ini ke atas Anwar. Peluang keemasan ini tidak disiakan Najib.

Pada masa yang sama Najib begitu takut bila terpaksa disepina padahal katanya berani ke mahkamah sekiranya disepina, kemudian lari lintang pukang bila benar-benar disepina. Inilah penakut yang yang dipuja-puja oleh penyokong UMNO. Bila pemimpin mereka buat silap maka mereka diamkan saja.

Najib dan penyokong UMNO kata Malaysia akan hancur bila ditadbir pembangkang, ironinya Kelantan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang tak pun kebuluran, malah nampaknya lebih tenang dan biasa saja. Malah negeri-negeri di bawah UMNO nampaknya lebih kecamuk lagi dengan laporan audit dan salah urus kewangan. Tapi penyokong UMNO masih tidak nampak.

UMNO kini sudah nazak, sudah tiada lagi kewajaran untuk memilih UMNO sebagai peneraju negara. Kepimpinan UMNO yang tidak bijak dan banyak tidur dari bekerja serta bermewah-mewah dengan wang rakyat, harus dinyahkan.

Najib yang takut dan dayus dalam melaksanakan sesuatu isu berkaitan agama jelas telah merosakkan kepercayaan rakyat kepadanya.

UMNO kini di hujung tanduk....!!!



0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code