BN sudah tidak relevan lagi.... |
PARTI BARISAN NASIONAL sudah tidak relevan lagi dan tidak lagi layak menjadi sebuah parti yang demokrasi. Segala tindak-tanduknya tidak ubah seperti Komunis malah lebih teruk dari itu lagi.
UMNO-BN sebuah parti yang selalu berdusta, tidak menepati janji, boros kepada golongan pemimpin mereka, tidak mendengar rintihan rakyat yang memerlukan, cakap tidak serupa bikin.
Para pembaca yang dihormati disarankan agar memberi contoh yang berlaku ditempat saudara berkaitan pembohongan UMNO kepada rakyat, kejahatan UMNO kepada rakyat.
Contoh terbaru yang melihat penipuan UMNO kepada rakyat ialah secara terang-terangan telah menipu mahasiswa supaya tidak terlibat dengan politik tetapi sebaliknya membenarkan pula parti politik BN menaja dan keluar masuk universiti dengan senang dan mudah. klik sini
Selain itu, berbagai situasi yang jika berpihak saja kepada pembangkang maka segalanya seolah diharamkan sama sekali. Tapi jika UMNO yang melakukannya ianya 'halal' dan tidak salah. Misalnya takrifan terhadap 'istana'. Konsep derhaka kepada raja sering digunakan kepada pembangkang bila sesuatu isu itu dengan benar dan terang untuk dilaksanakan. Misalnya hal ehwal kekebalan raja telah dirosakkan oleh Mahathir tidak ditakrif sebagai menderhaka. Mengatakan 'binatang' kepada sultan Terengganu, juga masih tidak derhaka dan membuatkan sultan tersinggung, tapi sebaliknya jika pembangkang katakan negeri Johor terlibat dengan aktiviti penculikan berdasarkan laporan polis, maka itu dikira 'menderhaka'. Jika urusan yang melampaui batas telah dicampur tangan oleh sultan kemudian dibangkitkan oleh individu yang pro pembangkang, maka itu telah dikatakan oleh UMNO derhaka kepada sultan.
Pendek kata, apa yang dikatakan oleh pembangkang semuanya salah di sisi UMNO. Begitu juga sekiranya PKR memberi air percuma kepada rakyatnya di Selangor, jika memberi bantuan kepada golongan miskin berjumlah RM 100, jika sembelih lembu 'korban' menggunakan wang kerajaan negeri. Semuanya salah dan dituduh menyeleweng oleh UMNO. Tapi sebaliknya jika UMNO ingin menaikkan gaji para Yang Berhormat. Memberi bantuan untuk meraih sokongan undi kepada pelajar sekolah berjumlah RM 100. Sembelih lembu korban melebihi had sebanyak 150 ekor oleh anak-beranak Mahathir. Mendapat bantuan mudah berjumlah RM250 juta untuk tujuan membela lembu tapi beli kondo oleh UMNO, semuanya masih dianggap betul oleh mereka. Semuanya tidak salah. klik sini
Begitu juga isu membela babi di Melaka, sehingga menimbulkan pergaduhan antara orang Cina dan orang Melayu malah tidak dapat diselesaikan sehingga sekarang. UMNO tidak berbuat apa-apa, malah UMNO di Melaka sanggup menggadaikan maruah bila sanggup memanjangkan tempoh operasi pusat hiburan dalam bulan Ramadhan juga dikira UMNO masih betul. Tapi bila isu babi di negeri PAKATAN, jika isu dan pusat pelacuran yang dikatakan wujud di Kelantan. Maka dengan segera UMNO menyalahkan pembangkang.
Jika royalti minyak sebanyak 5 peratus diberikan kepada kerajaan negeri Trengganu meski sama jaraknya dengan perairan yang berada di Kelantan diberikan UMNO tapi itu masih betul.
UMNO sekali lagi berbohong dengan rakyat, mengatakan bahawa Lynas adalah 'selamat'. Padahal sebenarnya UMNO sudah terlajak. UMNO sudah membelasah wang pemaju dengan banyak, UMNO Pahang telah menggunakan dana dari Australia dengan banyak untuk diagihkan kepada ketua-ketua UMNO di Pahang termasuk....? Akhirnya demi membela puak-puak ini UMNO sanggup mengatakan bahawa kilang itu selamat. UMNO Pahang sanggup membunuh rakyatnya demi hutang budi kepada kerajaan Australia. klik sini
UMNO wewenang menggunakan wang rakyat untuk kepentingan kaum kerabat, tapi ini masih betul oleh kerajaan. Berdemonstrasi di mana-mana adalah halal di sisi UMNO asal saja tujuannya adalah untuk mencaci dan memaki pembangkang, tapi sebaliknya jika pembangkang ingin berbuat demikian, maka akan diharamkan oleh UMNO serta-merta.
Sudah tiba masanya lanskap politik negara berubah, UMNO sudah memonopoli segala bidang di Malaysia sehinggakan ruang untuk pembangkang seolah tertutup terus untuk muncul di kaca tv nasional. Masihkah ini dipanggil 'demokrasi'?
Rakyat yang cerdik hanya sekilas ikan di air sudah tahu jantan ker betina, tapi yang dungu tetap mengatakan UMNO baik walau diselam dalam air yang bernajis....
Sudah tiba masanya lanskap politik negara berubah, UMNO sudah memonopoli segala bidang di Malaysia sehinggakan ruang untuk pembangkang seolah tertutup terus untuk muncul di kaca tv nasional. Masihkah ini dipanggil 'demokrasi'?
Rakyat yang cerdik hanya sekilas ikan di air sudah tahu jantan ker betina, tapi yang dungu tetap mengatakan UMNO baik walau diselam dalam air yang bernajis....
0 comments:
Catat Ulasan