Rabu, 26 Oktober 2011

ZULKIFLI NOORDIN MENGINTAI TAPAK DALAM PERKASA


KEPUTUSAN meletakkan Zulkulum sebagai naib presiden PERKASA bukanlah suatu kejutan memandangkan pertubuhan PERKASA itu adalah tempat 'orang buangan' dari pentas politik besar semasa. Jika dulu Zulkulum dan Ibrahim Ali adalah dua tokoh yang bertentangan parti, seolah permusuhan ini ada kisah sejarahnya tersendiri. Namun kini tidak lagi.

Ibrahim Ali yang dulu UMNO tapi telah melompat bertanding atas tiket PAS, dan kini sekali lagi cuba kembali ke dalam UMNO, namun masih belum mendapat jawapan dari UMNO. Begitu juga Zulkulum yang terbuang dari PAKATAN, jika dulu orang kuat PAS, kemudian PKR tapi kini berpaling tadah kerana isu disiplin dan moral dalam prinsip parti.

Akhirnya kedua tokoh ini bergerak sendiri dengan jalan tersendiri. Mujurlah Ibrahim Ali masih mempunyai talian hayat dengan menubuhkan PERKASA atas dasar membela orang Melayu di Malaysia. Namun perjuangan secara sendiri sudah tentu memerlukan dana bagi menjalankan agenda persatuan. Oleh itu Ibrahim Ali mula beroperasi dengan berpihak kepada UMNO sekali gus ada dana yang disalurkan oleh UMNO kepada persatuan mereka.

perkasa agm crowd
Bertitik tolak dari inilah maka kenyataan-kenyataan lantang PERKASA menentang keras pembangkang sebagai satu pertubuhan pro-kerajaan. Pendek kata apa saja yang pembangkang buat akan digalang ganti dengan PERKASA sebagai benteng utama BN. PERKASA dan BN kini berjuang pada topik yang sama iaitu sama-sama mahu menenggelamkan PKR terutama penasihatnya iaitu Anwar Ibrahim.

Musuh utama PERKASA saat ini ialah dengan menyerang Anwar Ibrahim sebagai satu strategi melemahkan perikatan PAKATAN. Serangan dan bedilan yang berupa fitnah dan tohmahan kepada ahli kuat dalam parti PAKATAN termasuk Lim Guan Eng, Karpal Singh dan sebagainya adalah demi memenangkan UMNO dalam PRU 13 nanti.

Tapak Zulkulum yang tidak serasi dengan mana-mana parti utama dalam pentas politik tanah air telah diberi kesempatan oleh Ibrahim Ali untuk dilantik sebagai naib presiden PERKASA secara sebulat suara dengan alasan Zulkulum yang tahu sedikit sebanyak dalam perundangan sebagai satu sandaran yang ampuh menentang segala musuh politik UMNO. Ibarat kata Ibrahim Ali telah diberi 'rumah' kepada Zulkulum yang merempat.

Pengambilan Zulukulum yang tidak berpihak dengan rasmi mana-mana parti buat masa ini adalah sesuatu yang sudah dijangka oleh banyak pihak, malah perkara ini juga tidak menjadi satu kejutan pun. Begitu juga sekiranya tidak lama lagi Dr Hasan Ali juga ingin berpaling tadah dan masuk UMNO atau mana-mana parti yang sesuai mungkin MCA sekalipun, pembangkang sedikitpun tidak terkejut bewak.

Ini kerana tokoh-tokoh ini telah banyak berkorban kepada pembangkang satu masa dulu, tapi bukan untuk parti yang mereka wakili, sebaliknya berjasa kepada parti lawan. Pelik bukan! Sebenarnya tidak pelik, wakil parti pembangkang, tapi UMNO yang dapat peluang membelasah PAKATAN kerana adanya tokoh yang berkudis di kepala seperti mereka. Tokoh buruk kepala seperti mereka ini hanya memberi peluang kepada UMNO sebagai parti lawan mendapat peluang menghentam PAKATAN, sikap mereka yang bertindak sendiri lebih cenderung kepada parti UMNO.

Rasanya tidak hairan kiranya tidak lama lagi Zulkulum bakal menendang Ibrahim Ali dan dilantik sebagai Presiden PERKASA. Biasalah bila dua ekor buaya tinggal di tasik yang sama, pasti tak lama lagi akan berperang. Sebelum ini Zulkulum dan Ibrahim Ali berada di pentas yang sama dalam membanteras Bersih 2.0. Lepas itu kisah hudud, lepas itu kisah anak Lim Guan Eng, lepas itu isu murtad.....lepas ini....macam-macamlah lagi...klik sini


0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code