SUNGGUHPUN 'HIMPUN' mengetepikan sebarang bentuk bendera kepartian menyertainya tapi jelas tiada apa yang ada padanya melainkan untuk kesedaran politik semata-mata.
Jika dilihat orang-orang yang bakal hadir dalam majlis itu seperti Hasan Ali, Ibrahim Ali, Zulkifli Noordin dan sebagainya. Semua itu orang politik. Jika setakat nak buat perhimpunan untuk membantah penyebaran kristian dan isu murtad lebih baik ajak mereka pergi masjid solat hajat dari bertempik dengan menyanyi terpekik terlolong. Buat habis duit saja. Semua itu kena bayar. Buat poster, banner dan kain rentang semua itu pakai duit. Lebih baik simpan duit tu buat dakwah kepada orang-orang Melayu yang tak pergi masjid.
Himpun kendalian UMNO bertopengkan NGO ala Islam sebenarnya bukan sesuatu yang dituntut dalam Islam melainkan sengaja diadakan bagi mencari publisiti sahaja. Selain itu untuk mendapatkan dana dari UMNO yang secara langsung terlibat dalam rancangan ini.
UMNO mula buat rancangan ini setelah sedar betapa hebatnya gerakan kristianisasi yang dilakukan terhadap Melayu di Malaysia yang sebenarnya pada kad pengenalannya sahaja Islam tapi telah lama murtad kerana dasar pembangunan dan sistem pendidikan sekular di negara ini telah lama membantu merebaknya murtad.
Betapa ramai Islam sebab dia orang Melayu, tapi nak mengucap pun tak tahu.
HIMPUN yang dianjurkan ini tiada makna sama sekali, tapi satu program atas nama Islam oleh politik UMNO yang tandus ciri keislaman. Ramai yang datang ke sini sebab diupah, bukan sebab akidah. Jika sebab akidah lebih baik duduk dalam masjid mintak doa banyak-banyak, semoga Allah memakbulkannya. Bukan dengan menyalak kiri kanan. Terpekik terlolong macam masuk hantu.
Idea Himpun ini adalah datang dari UMNO untuk meniru Bersih 2.0 cuma tajuknya sahaja ditukar ganti. UMNO mahu lihat sejauh mana rakyat yang suka kepada program berbentuk Islam ini. Motif ini sebenarnya berhubung rapat dengan politik. Benarkah orang Melayu di Malaysia suka pada program berbentuk seumpama ini. Adakah orang yang tak puasa hadir sama? Orang yang tak sembahyang hadir sama? Adakah ini berlaku. Jika ada menunjukkan himpun ini sekadar perjumpaan orang Melayu yang tidak insaf-insaf. Masjid tak penuh juga.

UMNO buat HIMPUN atas saranan Muhyiddin Yassin dan menjemput gerombolan seperti Yadim, Jais dan sebagainya demi mengelak dari tercemarnya program ini dari nama politik. Jamil Khir Toyo ll kata ini bukan perhimpunan ganas, ianya berlaku secara aman. Lagipun yang datang sini bukan golongan yang hampir murtad. Orang yang murtad pasti tidak datang sini. Jadi, apakah rasionalnya perhimpunan ini? Tiada apa-apa.
Krahh krahhh krahhhh.....appler weiihihhhh!!!
0 comments:
Catat Ulasan