PETUGAS hospital mengusung Mohd. Anuar yang parah selepas ditembak di pinggang dalam kejadian di Rantau Panjang, Kelantan kelmarin. |
RANTAU PANJANG–“Suami menjerit memanggil nama saya dan sebaik keluar, saya lihat dia dalam keadaan lemah dan berlumuran darah.
“Anak sulung pula menangis tidak henti-henti sambil memberitahu papanya (suami) kena tembak,” kata Miss Mati Mat Rashid, 29, isteri kepada Mohd Anuar Mat Nor, 31, yang ditembak kenalannya selepas bertengkar, dipercayai kerana masalah hutang.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam di Cabang Empat Salam, Rantau Panjang, di sini, kelmarin, Mohd Anuar bernasib baik kerana hanya terkena sebutir peluru daripada beberapa das tembakan yang dilepaskan rakannya.
Tembakan itu terkena pada bahagian pinggang kiri dan menembusi dada kanannya.
Walaupun cedera parah, Mohd Anuar sempat menunggang motosikal sejauh kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian ke rumahnya di Taman Wahyu, Rantau Panjang, di sini, untuk membawa pulang anaknya, Mohd Hifni Hamka, 6, yang dibawa bersama ketika bertemu dua kenalannya itu.
Mangsa dikatakan berjumpa dan berbincang dengan kenalannya sebelum bertengkar dipercayai berkaitan masalah hutang.
Seorang daripada kenalan mangsa mengeluarkan sepucuk pistol dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa.
Menurut Miss Mati, dia terkejut dengan ‘kepulangan berdarah’ suami bersama anak sulungnya, namun bersyukur anaknya selamat.
“Suami beritahu dia ditembak. Saya panik dan tidak tahu untuk berbuat apa-apa sebelum suami sendiri yang menelefon rakannya untuk mendapatkan bantuan.
“Suami dibawa ke Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Rantau Panjang dan anggota JPAM menghantarnya ke Hospital Pasir Mas sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu untuk rawatan lanjut,” katanya ketika ditemui di pekarangan bilik kecemasan Hospital Pasir Mas, di sini, malam kelmarin.
Miss Mati berkata, sebelum kejadian, suaminya yang bekerja sendiri, keluar bersama anak sulungnya kira-kira jam 8 malam dengan menunggang motosikal tanpa memaklumkan arah tujuannya.
Katanya, dia hanya sempat mendengar anak dan suaminya itu bersembang dan kemudian anaknya mengajak suaminya keluar ke kedai.
“Saya tidak tahu motif suami ditembak. Anak sulung yang turut berada di tempat kejadian masih trauma dan hanya mampu memberitahu papanya (suami) ditembak di kawasan semak,” katanya.
Abang mangsa, Azhar Mat Nor, 35, pula berkata dia terkejut apabila mendapat panggilan telefon yang memaklumkan adiknya ditembak dan langsung tidak menyangka kejadian seperti berlaku kepada ahli keluarganya.
Katanya, walaupun ada masalah atau bergaduh sekalipun, sepatutnya ia tidak diselesaikan dengan cara melepaskan tembakan.
“Saya tidak tahu motif kejadian ini, tetapi terkilan dengan apa yang berlaku,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, dua suspek kenalan mangsa berusia 30-an dan mereka adalah penduduk tempatan.
Katanya, suspek dikatakan tidak berpuas hati dengan mangsa, dipercayai berkaitan masalah hutang dan selepas bertengkar, salah seorang suspek mengeluarkan sepucuk pistol dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa.
"Salah satu tembakan yang dilepaskan itu terkena mangsa di bahagian pinggang kiri dan menembusi di bahagian dada kanan. Mangsa sempat pulang ke rumah bersama anaknya yang turut dibawa ketika bertemu suspek sebelum dirawat di Hospital Pasir Mas. "Berikutan keadaan mangsa yang parah, dia dipindahkan ke HRPZII, Kota Bharu untuk rawatan lanjut. Buat masa sekarang mangsa masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan keadaannya masih kritikal tetapi stabil," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Kelantan, Kota Bharu, semalam.
Menurut Mazlan, setakat ini dua suspek itu masih belum ditahan dan polis termasuk dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Pasir Mas dan IPPK akan menjalankan operasi mengesan suspek berkenaan.
“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun,” katanya. HM
lAPORAN DARI THE MALAYSIAN INSIDER
Seorang lelaki sempat menunggang motosikal sejauh 500 meter untuk meminta bantuan isterinya selepas terkena satu das tembakan yang dilepaskan oleh rakannya sendiri sebaik bertengkar mengenai hutang kelmarin.

Kejadian pukul 9.30 malam di Simpang Empat Salam, Rantau Panjang dekat sini itu menyebabkan Mohd. Anuar Mohd. Noor, 31, kritikal selepas terkena tembakan di pinggangnya. Dia kini sedang bertarung nyawa di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
Kejadian berlaku apabila mangsa yang tinggal di Taman Wahyu telah membawa anak lelakinya, Mohd. Ifni Hamka, 6, dengan menunggang sebuah motosikal ke tempat kejadian yang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya untuk berjumpa dua rakannya.
Sebaik berjumpa, salah seorang lelaki itu terus mengeluarkan sepucuk pistol selepas bertengkar lalu melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa sebelum melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal. Anak mangsa tidak cedera.
0 comments:
Catat Ulasan