Rabu, 19 Oktober 2011

TAIB MAHMUD GELOJOH BAHAM BALAK

PUAK-PUAK UMNO di Sarawak membedal hasil mahsul bumi negeri Sarawak untuk mendapatkan hasil kepada kerajaan negeri dan separuh lagi untuk poket para kepala negeri. Nasib rakyat yang tidak sehaluan dengan politik Ketua Menteri akan disingkirkan dan dibiarkan mogok sendiri.

Shafie Afdal yang keras pedal telah bedal wang peruntukan pembangunan luar bandar untuk membangunkan projek yang diagihkan kepada kaum kerabatnya. Sesiapa yang menjadi waris-warahnya kahwin dengan sepupunya atau menjadi adik iparnya akan dapat peluang membuat projek atau mencari habuan sebagai orang tengah untuk melobi projek yang besar dalam kelas A, B, C dan D termasuk juga kelas E dan F.

Kehidupan masyarakat dan rakyat di Sabah dan Sarawak ini jarang didedahkan umum kerana di sanalah lubuk emas yang sangat besar bagi pembuat duit seperti Taib dan Mat Bedal UMNO ini.

Penan di Baram buat sekatan balak lagi

Masyarakat Penan sekali lagi dilaporkan membuat sekatan dalam usaha untuk menghalang kayu balak dikeluarkan daripada penempatan mereka di kawasan pertengahan Baram.

Menurut NGO, Dana Tabung Bruno Manser (BMF), kira-kira 70 masyarakat dari perkampungan Ba Abang dan Long Kawi membuat sekatan ke atas jalan pembalakan berhampiran sungai Ba Bunau. Tindaklan itu bagi menghalang syarikat Interhill yang berpangkalan di Miri daripada mengeluarkan balak.
NONE

"Mengikut maklumat daripada masyarakat tempatan, sekatan telah didirikan pada Khamis lalu, dan telah dihadiri oleh lebih daripada 70 penduduk pribumi Penan," kata NGO itu.

BMF, dalam kenyataan satu akhbar semalam, berkata bahawa sekatan itu didirikan di kawasan yang dituntut sebagai tanah adat (NCR) masyarakat Ba Abang.

NGO yang berpangkalan di Switzerland dan diasaskan bagi memperingati aktivis alam sekitar, Bruno Manser yang hilang di Sarawak pada tahun 2000, berkata bahawa masyarakat Penan menuduh Interhill "melakukan pembalakan secara agresif dan merosakkan alam sekitar sejak beberapa bulan yang lalu".

"Usaha oleh masyarakat untuk berunding dengan Interhill didakwa telah gagal. Interhill pernah dituduh melakukan tindakan yang sama pada tahun 2009.

"BMF difahamkan bahawa Interhill telah meminta bantuan polis dan Jabatan Perhutanan untuk membubarkan sekatan tetapi masyarakat Penan berkeras meneruskan protes mereka," kata BMF lagi.

NONE
Beberapa sekatan-sekatan yang dilakukan oleh masyarakat Penan terhadap pembalak sebelum ini lazimnya didakwa disambut dengan pelbagai ugutan oleh pihak berkuasa.

Pada tahun 2009, enam masyarakat Penan dari Baram tengah telah a memfailkan kes tuntutan tanah NCR dan meminta lesen pembalakan yang dikeluarkan oleh kerajaan diisytiharkan batal dan tidak sah.

Kes-kes itu masih belum selesai dibicarakan di Mahkamah Tinggi Miri.


azlan



































0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code