
MAT YASIN yang didenda RM500 kerana cuba merobohkan rumah didiami anaknya keluar dari Mahkamah Majistret Marang semalam.
Denda cuba roboh rumah anak
MARANG – Seorang warga emas didenda RM500 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam atas kesalahan cuba merobohkan rumah anaknya sendiri menggunakan sebuah jentolak dalam kejadian pada 1 Mei lalu.
Mat Yasin Ali, 71, yang ditemani peguamnya, Ahmad Fairuz Jusoh kelihatan tenang ketika membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Nor Azizah Yusof.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas menggunakan sebuah jentolak dengan niat merobohkan sebuah rumah yang diduduki anak, menantu dan cucu-cucunya.

KEADAAN dapur rumah Yusuf di Kampung Batu 13, Jalan Kuala Berang, Bukit Payung, Marang yang belum dibaiki selepas diroboh oleh bapa kandungnya pada 1 Mei lalu.
Perbuatan itu dilakukan di Kampung Batu 13, Jalan Kuala Berang, Bukit Payung dekat sini pada pukul 9.30 pagi pada 1 Mei lalu.
Semasa kejadian dalam rumah tersebut mempunyai enam beranak termasuk anak tertuduh, Yusuf, 51.
Pertuduhan tersebut turut menyebut, perbuatan gopoh cuba memusnah kediaman tersebut membahayakan nyawa manusia dan tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Jika sabit kesalahan itu, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sampai tiga bulan, atau denda RM500 atau kedua-duanya sekali.
P/S: Anak dengan bapa pun nak bergaduh, fikirlah dia itu juga keturunan kita, darah daging kita...jika adapun kesalahan yang dilakukan oleh anak, sebagai bapa kira harus memaafkannya. Nasihatinya jika tidak gunakanlah saluran yang betul jangan main sodok saja. Jika anak salah report saja kat polis....
1 comments:
Astaghfirullah... jgn dikata pakcik ini setan. siapa kita untuk menilai pak cik ni sedemikian rupa? anda tau ke apa msalah pakcik ni dgan ank dia tu sbenarnya? kalau anda tidak tahu tlg jgn buat sedemikian rupa kerana saya tau apa msalah yang ank pakcik ni timbulkan n sya tau knapa pakcik ni mrahkan ankny. bkn semua ayh marahkan ank tnpa sebab musabab yg kuat.
Catat Ulasan