Rabu, 5 Oktober 2011

RAIS YANG BERKAIS KENA PAIS

KATA orang kais pagi makan pagi tapi kalu Rais berkais hari-hari makan ikan pais. Kais si Rais dan Rais si Kais, lama-lama jadi pais...Kais Si Rais kais pagi makan hari-hari...krahh krahh kraahhhh...!!!

Sebagai seorang menteri tidak patut membebelkan dan melabelkan sesuatu isu itu sangat besar dan rumit. Apatah lagi jika kita seorang pembohong dan penuh misteri. Siakap senohong gelama ikan duri , bercakap bohong lama-lama badan berduri...seperti landak.

Alih tak alih jemputan yang begitu sukar dibuat oleh rakyat untuk seorang menteri datang menjenguk mereka harus dinilai dalam aspek yang positif dan penuh hormat. Bukan tahu menterkedarah makanan yang disediakan kemudian mengutuk di belakang setelah berak tahinya berbau busuk. Masa makan sedap tapi bila sudah kenyang nak melepas tahi, makanan yang sedap tadi berbau busuk. Akhirnya kita mengomel. Wahai Si Rais yang berkais, dah namanya tahi takkan ada yang berbau wangi sekalipun menelan berbotol minyak wangi. krahh krahh krahhh....!!!

Rais tidak harus berbohong macam Utusan

KUALA LUMPUR, 4 Okt: Datuk Seri Rais Yatim tidak seharusnya berbohong seperti Utusan Malaysia, sebaliknya harus membuktikan mana satu program rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dihadirinya mengenepikan Bahasa Malaysia.

Sehubungan itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (gambar) berkata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan itu telah membuat kenyataan palsu yang berbahaya bahawa program rasmi yang dihadiri beliau di Pulau Pinang hanya menggunakan Bahasa Inggeris dan Mandarin.

“Rais seharusnya tidak berbohong seperti Utusan Malaysia; sebaliknya beliau harus membuktikan mana satu program rasmi anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang meminggirkan Bahasa Malaysia,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Lim mengesyaki bahawa program rasmi yang dirujuk oleh Rais adalah satu program di Kolej Han Chiang, Pulau Pinang di mana beliau menjadi tetamu kehormat mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 29 September lepas.

Beliau mengingatkan Rais bahawa Kolej Han Chiang merupakan kolej swasta dan program tersebut dianjurkan oleh Han Chiang dan bukannya kerajaan negeri.

Katanya, kenyataan Rais bahawa beliau seorang sahaja menggunakan Bahasa Kebangsaan dan sedikit sahaja Bahasa Inggeris adalah tidak benar.

“Saya juga turut bercakap menggunakan Bahasa Malaysia, Inggeris dan Mandarin.

“Mengapa Rais tidak menyebut bahawa saya juga turut bertutur dalam Bahasa Malaysia?” soalnya yang juga Setiausaha Agung DAP.

Katanya, jika Rais tidak berasa gembira dengan program yang dianjurkan oleh Kolej Han Chiang, mengapa beliau tidak menyampaikan rasa tidak puas hati tersebut kepada Han Chiang.

“Mengapa beliau tidak menuntut penjelasan daripada Han Chiang?” tanya Lim.

Sebaliknya, kata beliau Rais memilih untuk tidak berlaku adil dengan menyalahkan kerajaan negeri untuk program yang dianjurkan oleh sebuah kolej swasta.

Katanya, kenyataan palsu terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu jelas bertujuan untuk memainkan sentimen perkauman kononnya Pulau Pinang tidak menghargai Bahasa Malaysia.

“Kenyataan sebegini tidak akan menyumbang kepada perpaduan nasional. Rais turut menggesa orang Melayu di Pulau Pinang supaya membangkitkan isu tersebut,” katanya lagi.

Lim menambah, jika Rais boleh membuktikan mana satu program rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dihadiri beliau tidak menggunakan Bahasa Malaysia, Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mengambil tindakan bagi membetulkan kesalahan tersebut.

Walau bagaimanapun, ujar Lim sekiranya Rais gagal untuk membuktikannya, maka beliau harus menarik balik dan meminta maaf atas kata-kata tersebut.

Jika tidak, kata Lim lagi, Rais akan dituduh sebagai seorang yang tidak bermaruah dan yang bersikap perkauman kerana cuba membangkitkan sentimen perkauman.

“Kerajaan Negeri Pulau Pinang ingin menyatakan kekecewaan terhadap percubaan sistematik dan bersiri yang dilakukan untuk melemahkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan mengeluarkan kenyataan yang bukan sahaja berbau perkauman tetapi juga jelas merupakan satu pembohongan,” ujarnya.

Beliau berkata, walaupun pilihan raya umum dijangkakan menjelang tiba, pembangkitan isu perkauman bukan sahaja satu cubaan terdesak tetapi juga perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab dan yang boleh mengancam keharmonian dan kestabilan masyarakat.

Walaupun BN mahu menang dalam pilihan raya umum akan datang, ujar Lim kemenangan itu harus bermaruah dan berdasarkan kebenaran, bukan pembohongan.

“Saya terkejut dengan serangan terbaru BN terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan peribadi saya sendiri.

“Saya tidak akan membalas serangan peribadi Rais terhadap saya,” tegasnya.

Serangan Rais itu, katanya mengekori laporan merapu dalam The New Straits Times (NST) dan Utusan Malaysia pada 2 Oktober lalu bahawa ada kemungkinan yang saya telah mendedahkan rahsia negara kepada pemimpin Singapura dalam satu majlis makan malam.

Menurut Lim, laporan tersebut turut mempersoalkan kesetiaannya kepada negara.

“Saya tidak faham mengapa kesetiaan saya kepada Malaysia turut dipersoalkan seperti mana yang dilaporkan dalam NST apabila saya tidak mempunyai status pemastautin tetap di negara Australia walaupun saya merupakan graduan lulusan Universiti Monash.

“Kenapa laporan NST tidak pula mempersoalkan kesetiaan pemimpin-pemimpin BN yang mempunyai status PR di Australia?

“Datuk Seri Rais, bola berada di gelanggangmu. Apa kata anda?” soalnya.



0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code