Sabtu, 22 Oktober 2011

PENGGANTUNGAN AZIZ BARI 'MEMUDARATKAN'


BILA tokoh pemikiran besar seperti Aziz Bari yang mampu memporak-perandakan institusi UMNO maka dengan segera akan dicampur tangan oleh Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Pelajaran Malaysia.

Sikap double standard ini jelas menunjukkan sekiranya seseorang itu berpengaruh dan mampu menggugat BN maka dengan segera masalah ini akan diuruskan oleh TPM, tapi sebaliknya jika perkara yang sama berlaku kepada guru biasa, sudah pasti perkara ini langsung tidak diendahkan oleh sesiapapun, malah dengan cepat pula tidakan 'buang kerja' tanpa rayuan akan dikemukakan kepada tertuduh.

Sikap 'masam kepala' dan pilih bulu UMNO dalam menangani isu seperti ini harus diselaraskan agar tidak ada orang yang teraniaya. Tapi itulah hakikatnya UMNO dalam soal ini. Memilih bulu dan bertindak mengikut taraf dan double standard tidak pernah diubah sejak dulu lagi.

Gantung kerja bukan bermaksud buang kerja, tapi politik punya pasal. UMNO gerun sebenarnya tambahan pula amat jelas reaktor UIA seorang yang penjilat dalam UMNO.

UMNO menasihati sebab takut memudaratkan UMNO. Tapi sebaliknya jika insan kerdil seperti guru biasa telah lama dilemparkan oleh UMNO.[klik sini]



0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code