LYNAS - Isu ini nampaknya semakin memberi tekanan kepada Menteri Besar Pahang ekoran perhimpunan secara besar-besaran oleh pemuda Lynas yang membantah pembinaan loji Nadir Bumi. Kesan sampingan yang bakal mengundang bahaya dan menjejaskan kesihatan penduduk sekitar Kuantan
Pembangunan ini diteruskan juga meski mendapat tentangan penduduk setempat. Keadaan ini menggambarkan betapa UMNO kian terdesak untuk mencari keuntungan wang semata-mata tanpa memikirkan kepentingan penduduk yang berdepan berbagai risiko merbahaya.
2,000 hadiri 'himpunan' hijau Kuantan
Kira-kira 2,000 membanjiri pantai Taman Gelora, Kuantan bagi memberikan menyatakan bantahan terhadap pembinaan loji nadir bumi di Gebeng.
Dinamakan "Himpunan Hijau 109", penhimpunan itu dipendekkan oleh anggota polis yang menghalang penceremah membuat ucapan.
Permit berhimpun dalam program NGO alam sekitar itu ditarik balik malam tadi ekoran terdapat program khidmat negara.
Bagaimanapun pagi ini, mereka tetap berkumpula mulai jam 8.30 pagi di bawah pemerhatian kira-kira 50 anggota polis.
Orang ramai kelihatan enggan berganjak dan membina perisai manusia tetapi selepas ditolak polis polis mereka menjadi marah dan mula mengebu serta meneriakkan slogan "Hidup rakyat".
Ketua Polis Daerah Kuantan Mohd jasmani Yusof bagaimanapun tetap menegaskan supaya orang ramai bersurai.
0 comments:
Catat Ulasan