Sabtu, 3 September 2011

UMNO BAPA KOMUNIS MALAYSIA

Watak-watak pemimpin yang disiarkan oleh kerajaan Malaysia bermula tarikh kemerdekaan sehingga kini tidak lain dan tidak bukan ialah para Perdana Menteri Malaysia yang dilihat sebagai 'hero' kemerdekaan Malaysia namun kebelakangan ini muncul pula watak baru iaitu 'heroin' yang bergiat aktif sebagai PM Malaysia yang kedua. Jika dulu hanya watak 'hero' yang wujud tapi kini muncul pula watak yang lebih anggun sebagai rule model kepada Thailand yang diterajui oleh PM 'wanita' pertama di Asia, namun tanpa disedari Malaysia sudah lama berperdanamenterikan Rosmah Mansur iaitu juga seorang perempuan.

Watak-watak yang mendakwa diri sebagai penuh patriotik ini sebenarnya hanyalah sebagai seorang yang tidak lebih dari bersikap kuku besi dan meranggah, mengkekah, mengtangkedarah dan membaham tanah segala hasil keringat rakyat untuk kepentingan peribadi semata-mata. Andai diselitkan dengan unsur komunis yang menjadi satu halangan tegar yang termaktub dalam perundangan negara sebagai haram dan pantang disebut (sesiapa yang membincangkannya akan dihukum) tidak lebih sebagai satu helah untuk melindungi diri sendiri (self defence) yang terang-terangan mengamalkan ideologi komunis dengan jumlah besar tetapi berpura-pura mengharamkannya. Ibarat berpuasa di depan orang, bersembahyang di depan orang tapi semasa ambil air sembahyang, semasa berkumur curi-curi telan air. Krah krahh krahhh. Inilah sikap sebenar yang ditunjukkan oleh UMNO di Malaysia.

Mat Sabu sebagai seorang watak yang memecah tradisi membuka segala kunci pantang-larang ini untuk diperdebatkan dipersada umum dan blog-blog sebenarnya telah memberi satu gambaran yang negatif terhadap konteks dan penulisan sejarah Malaysia diambang kemerdekaan. Para perawi sejarah yang tergolong dari golongan UMNO yang terpapah ke arah menjaga periuk nasi dilihat sebagai penyeleweng-penyeleweng fakta yang bertauliah. Mendengar secara lisan dan membaca dari sumber penganut-penganut penjajah sudah tentu tidak dapat menggambarkan kebenaran yang berlaku. Ianya hanyalah satu sandiwara dan cerita dongeng yang bersaksikan saksi-saksi palsu yang diwujudkan golongan tertentu untuk meraih nama sebagai penulis sejarah yang tepat. Padahal bukan demikian ceriteranya.

Menurut apa yang dinyatakan oleh Chegubard dalam blognya jelas menunjukkan bahawa UMNO telah membuka pintu seluas-luasnya kepada 'komunis' untuk bertapak di Malaysia, sebaliknya telah mengehadkan lidah-lidah pembangkang yang membolehkan rakyat berfikir secara lebih terbuka dan telus seperti Malaysiakini, Malaysia Insider dan Harakah. [klik sini]

Selain tanggapan rakyat Malaysia terhadap polis Bukit Kepong sebagai 'wira negara' yang nyata sebenarnya isu ini sudah banyak dibincangkan dalam blog-blog UMNO yang jelas menggambarkan kekejaman Mat Indera terhadap polis. Seperti mana gambaran kekejaman Bersih terhadap polis dan gambaran kebaikan polis terhadap Bersih 2.0. Sebenarnya rakyat Malaysia hidup tertipu dengan sejarah sebenar. Benarlah polis waktu itu adalah polis yang bukan menyanyikan lagu 'negaraku' tapi polis yang menyanyikan lagu kebangsaan British [God Save The Queen].

Khoo Kay Kim adalah sebagai seorang penulis sejarah yang veteran dan mungkin sudah hidup pada zaman itu sewajarnya tahu akan kekangan dan perjuangan asas komunis - Apakah tujuannya? Mengapa British menjadi musuh kepada Komunis? Mengapa tali barut-tali barut yang bekerja dengan British ini dianggap sebagai pejuang? Sedangkan tali barut-tali barut yang bekerja dengan tentera Jepun dianggap sebagai pengampu dan musuh negara? Adakah kerana British yang memberi kemerdekaan kepada UMNO maka mereka ini dilabel sebagai 'pejuang'? Khoo Kay Kim harus membetulkan persepsi ini sebagai satu yang adil. Jangan dijadikan Bersih 2.0 sebagai musuh negara dan polis pula terutama chef Ismail sebagai pejuang negara. Ini langsung tidak masuk akal.

Sebenarnya dalam tanggapan dan telahan yang dibuat oleh Mat Sabu itu ada kebenarannya kerana rakyat pada masa itu menyokong penjajah sama seperti rakyat yang bodoh sekarang menyokong UMNO. Segala apa yang bapa komunis dan ibu komunis buat (Najib dan Rosmah) akan diangguk dan di hingguk saja oleh golongan makan tahi ini. Langsung tidak mengkritik. Meski beraya di luar negara sekalipun mereka masih menyokong dan tidak berani menentang dua ekor komunis besar negara ini. Inilah punca mengapa orang Melayu di negara ini semakin terpinggir dan tertinggal meski mempnyai ijazah dan Phd sekalipun. Tidak lain dan tidak bukan ialah kerana bapa dan ibu komunis ini suka melenyek dan memecet perut yang kembung-kembung ini sehingga keluar tahi. Kemudian memaksa mereka menjilat dan memakan tahi sendiri sebelum diberi anugerah dan bonus. [klik sini]

Kesimpulannya mudah, Malaysia sebenarnya lebih komunis dari parti komunis Malaya yang diharamkan satu masa dulu.

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code