Selasa, 27 September 2011

TUKANG SALAK UMNO MENYALAK LAGI-ZULKULUM

KINI, tibalah masanya sebagaimana yang telah dijelaskan dalam penulisan pakdoe yang lepas [klik sini] bahawa tukang salak UMNO akan melalak menyatakan isu hudud ini. Pak Kaduk tegar UMNO ini telah membuka mulut setelah beberapa hari bungkam dalam soal ini.

Jika tukang salak 1 iaitu Ibrahim Ali menyatakan Karpal dan Tok Guru hanya bermain wayang dan gaduh olok-olok kerana cuba meraih simpati dari rakyat. Maka kini tukang salak nombor 2 UMNO iaitu Zulkifli Noordin mula mengatakan tok guru Nik Aziz 'nyanyuk dan lupa' dengan perjanjiannya sebelum ini untuk tidak melaksanakan hudud sekiranya Pakatan menang.[klik sini]

Zulkifli Noordin menuding jari menyatakan Nik Aziz yang mula membangkitkan isu ini di saat-saat hampir pilihan raya. Inilah tukang salak yang berprofile rendah mutu ini kata. Soalnya siapa yang mulakan dulu?

Zulkifli Noordin mudah lupa bahawa orang yang mulakan dulu soal hudud ini dalam musim pilihan raya kali ini ialah Mahathir Mohamad, bukan Nik Aziz!!! Mengapa Zulkifli Noordin berkata sebaliknya? Apa saudara Zulkulum sudah lupa siapa Mahathir di sisi anda selama ini? Bukankah musuh nombor satu anda dalam pemikiran politik anda?

Nampaknya Zulkulum selalu suka berbuat fitnah dan jahat dalam kehidupan di dunia. Zulkulum sepatutnya membuat pendirian yang tegas dalam soal ini. Sama ada bersetuju dengan hudud atau pun tidak? Jangan pula menyatakan pendirian yang beralasan sebagaimana pemimpin UMNO sendiri termasuk Raja Muda Perak yang menolak hudud dengan berkata:

'Saya sokong hudud sebab hudud hukum Tuhan, tapi dia tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sebab masalah berbilang agama dan kaum'

Inilah kata-kata orang yang tidak bijak dan mengkaji hudud dengan betul. Tahukah anda, bahawa hukum hudud ini hanya untuk orang Islam, bukan untuk orang yang berbilang bangsa dan agama itu. Takkan Zulkulum tak tahu. Sia-sialah sejarah pendidikan undang-undang Zulkulum selama ini jika ini pun tidak tahu.

Soal kerjasama politik, kaum, agama berbeza dan perlembagaan persekutuan sebenarnya tidak sedikitpun menjadi benteng yang memisahkan perlaksanaan hudud ini. Apa yang penting ialah "NAK" atau "TAK NAK" itu saja. Jika nak seribu daya, jika tak nak seribu dalih....pokok pangkalnya mengapa isu hudud ini selalu ditentang oleh orang seperti anda? Mengapa? Apakah sebab anda seorang pejuang murtad yang penuh 'hipokrasi'? 

Jika dulu tapi sekarang tak tahulah sebab anda seorang yang suka berubah pendirian dan memandang kemewahan hidup sebagai satu agenda hidup anda, dimana ada gula di situ anda hurung dan kerumuni, soal murtad anda 'lawan' tapi bila soal hudud anda 'tentang'. Siapa anda? Di mana pendirian anda dalam soal ini? Sebagai seorang pengamal undang-undang anda lebih mahir dalam bab ini. Takkan anda tidak tahu bahawa ruang untuk hudud masih terbuka luas dalam perundangan untuk memberi tempat kepada hudud bertakhta dan tersenarai sebagai satu enakmen dalam susur galur perundangan syariah di setiap negeri di Malaysia, Perkara ini bukan hanya terletak kepada negeri Kelantan sahaja tapi seluruh negeri seharusnya mengambil inisiatif yang positif pelaksanaan ini.

Sekali lagi yang ingin ditegaskan kepada saudara Zulkulum bahawa hudud hanya untuk orang Islam sahaja. Tidak melibatkan orang kafir. Masalah hudud dan hukuman yang bakal dilaksanakan terletak kepada bahu hakim syariah yang melaksanakannya bukan Nik Aziz. Nik Aziz hanya perjuangkan hudud untuk menjadikan sebagai satu bentuk perundangan di negeri Kelantan dan hakim yang arif akan menentukan sama ada pesalah itu wajar dikenakan hudud atau bentuk hukuman yang lain. Bukan Nik Aziz yang sebat dan rejam orang. Ini Zulkulum kena jelas!!! 



1 comments:

asm berkata...

Bagus sekali tulisan saudara.Dari aspek dan gaya penulisan serta komen politik ,saya amat percaya dan yakin saudara adalah pejuang yang ikhlas ,berani,komited dan cintakan agama Allah.Respons saya tentang mereka yang memberi pandangan tentang Hudud terutama dalam kalangan 'Ulamak Kerajaan termasuk mufti'..pandangan mereka tidak lebih sekadar nak jaga periuk nasi sahaja.Orang Islam yang mendalami agama seperi Dr.Masyitah,Mufti-mufti,Pensyarah agama,Ulamak-ulamak UMNO tahu dengan jelas bahawa HUDUD adalah perintah ALLAH sebagaimana peritah sembahyang,puasa zakat.Sepatutnya mereka memberi sokongan bukan memberi hujah untuk melepaskan diri dari dicop PAS.Jika senario Ulamak UMNO seperti hari ini..hari esok lusa dan seterusnya ,maka jelas mereka tidak akan menyokongnya malah tetap tegar menjadi pembela setia kepada UMNO.Hal ini demikian kerana mereka bersila,berdiri,makan,minum dan tinggal dalam timbangan dacing!.Jika mereka mati..maka mati dalam keadaan tidak menyokong golongan yang memperjuangkan Hak ALLAH.Datanglah gologan manapun yang membawa wadah perjuagan Islam Sejati..Ulamak -ulamak UMNO akan bersedia dan bertungkus lumus membela UMNO .Sudah lebih 500 tahun Islam di TANAH MELAYU.Ribuan sarjana Islam telah dilahirkan.Sepatutnya tidak ada ulasan dari segi ketidakcukupan ilmu.Dalam hal ini yang peliknya tidak timbul pula 'Protes maut' masyakarat Cina,siam atau India di Kelantan pasal Hudud ni.Yang dok melaung dan melalak tak mahu Hudud ni UMNO saje..Teruskan saudara dengan komitmen memperjuangkan agama ALLAH.Tahniah atas Blog anda.Wassalam

Next Previous Home
hostgator coupon code