Tragedi Bukit Kepong yang kian mempopularkan Mat Sabu semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia yang sedar dan insaf akan kebenaran peristiwa itu. Pelbagai ahli akademik dalam berbagai bidang membuat kajian dan dakwaan yang berbeza-beza terhadap ketokohan dan status Mat Indera. Sebelum membaca portal ini dengan lebih lanjut sila klik sini.

Meskipun secara teorinya 'kambing tidak boleh terbang' tapi UMNO akan tetap mengatakan kambing boleh terbang dengan berbagai cara termasuk memakaikan sayap dan yang paling dokoh ialah dengan membawa kambing itu naik kapal terbang. Inilah keputusan yang bakal dirumus dan dicanang oleh bijak pandai UMNO, media kertas dan media visual UMNO menyebar maklumat dengan kefahaman yang salah dengan mengatakan bahawa Mat Sabu sokong Komunis dan sokong Chin Peng, meskipun dengan jelas dan berkali-kali Mat Sabu menafikan dia bukan penyokong komunis. Apa sebenarnya yang dikatakan Mat Sabu sehingga begitu hangat sekali? Sila lihat di bawah:
Kata-kata terakhir Mat Sabu ialah "semua hak lawan British jahat, semua hak sokong British hero". Hanya kata-kata seperti inilah yang menimbulkan kekecohan dalam dunia persejarahan kemerdekaan tanah air.
Isu ini telah digali dan dicaci oleh UMNO dengan menyebarkan tuduhan yang mengatakan Mat Sabu memperkecilkan para pejuang kemerdekaan, padahal jika diteliti memang benar bahawa polis ini bukan berjuang untuk kemerdekaan tapi hanyalah melindungi diri dari serangan pengganas komunis pada masa itu, dan masa itu negara belum lagi merdeka. Sebaliknya polis itu berkhidmat dengan penjajah iaitu British, British yang membayar gaji.
Namun inilah hakikat perjuangan UMNO yang pada dasarnya tidak mahu menerima pandangan orang lain mengikut persepsinya. Memang benar komunis itu jahat dalam konteks kemerdekaan negara, tapi dari sudut persepsi komunis pula mereka juga mengalami kehidupan yang perit dan menderita akibat perang serta perjuangan mereka sendiri. Jika ditanya komunis mengapa dia menentang Inggeris? Jawapannya mudah iaitu untuk 'menghalau penjajah' British dari Tanah Melayu. Ini persepsi Komunis. Tapi sebagai rakyat Malaysia kita dipupuk agar menghargai perjuangan askar yang mati menentang komunis, bukan menentang penjajah sebenar iaitu British. Rakyat umumnya telah diselitkan dengan propaganda bahawa seolah-olah pejuang kemerdekaan itu adalah askar-askar yang berperang dengan komunis, padahal bila masa komunis menjajah Malaysia?
Kekejaman komunis pada dasarnya adalah dengan memaksa rakyat menyokong idealoginya dengan kekerasan dan kekejaman, pendekatan yang diguna pakai ini telah menjerumuskan komunis ke lembah kebencian masyarakat Malaysia. Tapi sebaliknya British yang menurut Khoo Kay Kim tidak pernah menjajah Malaya sebaliknya menjadi kawan kepada orang Melayu dan orang Cina serta India bersatu menentang komunis. Padahal hasil bumi seperti getah, bijih timah dikaut dan dibawa balik oleh British ke kampung halamannya. Inilah persepsi Melayu UMNO kini.
Salah tanggapan ini berterusan seolah-olah anggota komunis yang gugur di medan perang adalah penjajah, sesiapa yang berjaya membanteras komunis dianggap sebagai jagoan negara, walhal orang Malaya meminta kemerdekaan dengan British. Tapi orang yang bersekongkol dengan British ini dianggap 'wira', pejuang yang menentang komunis juga dianggap pejuang kemerdekaan. Bukankah ini satu kepelikan?
KEMAHIRAN YANG TERCABAR
Manakala ahli sejarawan terkemuka seperti Khoo Kay Kim, Dr Ramlah Adam serta ramai lagi ahli akademik sejarah terang-terangan menyokong parti kerajaan atau UMNO tanpa membuat kajian dan penyelidikan semula penemuan baru ini terus menghentam Mat Sabu dengan berbagai tohmahan tanpa bukti.

Begitu juga dengan Dr Ramlah yang turut sama menjana pendapat dengan mengagungkan bekas polis yang berjuang menentang komunis sebagai pejuang kemerdekaan, turut menyelar dan mengsahkan Mat Indera seorang 'pengganas yang kejam' padahal Malaysia merdeka tahun 1957 atas dasar persetujuan British bukan Komunis. Komunis meletak senjata 1989 melalui Perjanjian Haadyai. Kini, Komunis bukan ladi pengancam negara.
Nampaknya masih terdapat kelompangan dalam penarifan 'pejuang sebenar' kemerdekaan. Meskipun sejarah tidak perlu ditulis sebenar mengikut pandangan mereka termasuk Aziz Bari, tetapi pemikiran yang kontra tidak semestinya dihalang dari bersuara kerana itu pendirian dan pandangan yang munasabah. Lagipun anak mangsa Bukit Kepong telah diselamatkan oleh 'Mat Indera' klik sini untuk maklumat lanjut.
Kesimpulannya sejarah kemerdekaan negara tidak harus diliaht dalam konteks yang begitu sempit dan menafsir sendiri matlamat Komunis mahupun Mat Indera. Para Profesor Kangkung seperti ZAINAL KELING, AHMAD ATORY, RAMLAH ADAM, SIVAMUGAN PANDIAN, DR MOHAMAD MUSTAFA ISHAK dan beberapa orang lagi tokoh dalam Majlis Profesor tidak perlu menganggap Komunis itu salah 100 peratus dan menegaskan bahawa sesiapa yang menentang Komunis itu ialah pejuang kemerdekaan. Apakah kerana Askar dan Polis dulu sudah tidak ada musuh untuk diperangi selain Komunis? Padahal Inggerislah merupakan musuh sebenar yang menjajah Malaya.


0 comments:
Catat Ulasan