
TIADA LAGI YANG MAMPU DIUNGKAPKAN KEPADA SI PENGECUT...hari itu laki bini itu pura-pura pergi meninjau mahkamah dulu, konon untuk membiasakan diri, agar berani berdepan dengan sebarang soalan yang bakal ditimbulkan dalam mahkamah. Tapi rupanya sikap kejantanan anak lelaki Tun Razak yang dikatakan banyak orang bahawa bapanya seorang pahlawan terbilang sebagai pemimpin terhormat suatu masa lalu rupanya tidak sedikitpun diwarisi. Apa boleh buat. Iman juga tidak dapat diwarisi walaupun anak seorang Pak Imam yang ditaja 'hajinya' untuk ke Mekah.

Dulu kata jika ada sepina baru aku pergi ke mahkamah, tapi setelah sepina itu dikeluarkan maka kini dengan sedaya upaya cuba untuk mengetepikan sepina itu. Inilah seorang yang berhati dayus bila bercakap, eak sama dengan Mat Sabu yang walaupun didakwa, sanggup untuk berdepan dengan mahkamah Najib dan hadir ke mahkamah sebagai OKT [orang kena tuduh]. Sebaliknya si Najib laki bini walau hadir ke mahkamah atas kapasiti saksi sajapun tidak sanggup.
Apakah ini menunjukkan bahawa Najib laki bini memang terlibat dalam isu ini, apatah lagi si Saiful jubor sejuk itu berjumpa dia dulu sebelum membuat laporan polis. Menunjukkan ada kaitan laki bini ini dalam kes liwat ini. Jika tidak mengapa nak elak. [klik sini]
Baru-baru ini Najib berkata dia sanggup dan tidak takut berdepan dengan Anwar Ibrahim, tapi kini sikap itu berubah sama sekali apa lagi bila terbayang wajah Karpal Singh yang garang dan 'cenge' itu bisa melenyekkan keberanian Najib laki bini. Bercakap di atas pentas politik tidak sama dalam mahkamah walau hanya sebagai saksi sahaja. Jadi lebih baik aku lari. Katanya dalam hati.
Nampaknya Anwar bakal kehilangan seorang saksi yang penting bagi menyelesaikan kesnya. Sikap Najib ini pula tidak boleh diambil tindakan oleh mahkamah kerana pangkat Najib lebih besar dari Zaki Tamplon dan Mat Riffin. Jika tidak masakan Zaki Tamplon dapat projek dari Najib untuk buat mahkamah?


0 comments:
Catat Ulasan