Jumaat, 30 September 2011

NAJIB CERGHAH (CERAH) PERUT BERDEPAN MUKA HUDOH (BENGKENG) KARPAL SINGH!!!

Najib saksi pembohong!!! Jika ambil Najib sebagai saksi bagi menyatakan tujuan perjumpaannya dengan SJS (Saiful Jubor Sejuk) sekalipun, Najib akan berbohong di mahkamah dan mahkamah akan terima pembohongan Najib. Sikap Najib ini telah lama diketahui umum bahawa Najib tidak lebih dari seorang Perdana Menteri di negara Pasir Dua Butir sahaja.

Jika Anwar dulu tidak mahu memberikan sampel DNA, geng UMNO dan Perkasa telah membuat demonstrasi dan berhimpun beramai-ramai mengutuk perbuatan Anwar itu. Kesungguhan ini begitu ketara bila mereka menyatakan yang Anwar 'bacul' dan takut dengan berbagai poster dan iklan yang menjijikkan.

Kini, mereka cuba mengalih perhatian dengan menyerang Mat Sabu konon Mat Sabu menyokong Komunis, sekali lagi mereka berkumpul beramai-ramai, cuba merempuh masuk majlis ceramah dengan cara yang sungguh tidak sopan dan 'kurang ajar'. Persoalannya mengapa mereka tidak berbuat demikian terhadap Najib yang takut untuk hadir ke mahkamah? Apa yang Najib risaukan WALHAL BUKAN UNTUK DIDAKWA PUN SEKADAR MENJADI SAKSI SAHAJA...!!! Malah jika Najib berbuat demikian mungkin Najib dapat membela si SJS ini. Tapi Najib menolak, menolak dengan sebab tidak mahu menjadi saksi. PELIK BUKAN!!!

Kebaculan Najib untuk lari dari tugasan ini jelas menunjukkan ada sesuatu yang berlaku apatah lagi bila berdepan barisan pembelaan Anwar yang berwajah bengis seperti Karpal Singh. Maklumlah pada ketika itu sudah tentu Karpal Singh lebih berkuasa berbanding Najib dalam mahkamah. Berak cair Najib dibuat geng Karpal...baru tahu setara mana anak jantan Abd Razak ini.


Permohonan Najib, Rosmah ditangguh Isnin ini

...tengoklah muka Mr Karpal

Permohonan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, untuk mengketepikan sepina yang mahu mereka tampil memberi keterangan dalam perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai saksi pembelaan ditangguhkan oleh Makamah Tinggi Kuala Lumpur hingga Isnin depan.

Pada perbicaraan hari ini, semua peguam pasangan itu - Hisyam Teh Poh Teik, Salehuddin Saidin, M Athimulan and Ghazi Ishak hadir.

Mereka kemudiannya bersama peguambela Anwar berbincang di kamar hakim.

Peguam Najib dan Rosmah, Ghazi Ishak sebelum itu memberitahu mahkamah bahawa afidavit jawapan dari Anwar hanya diterima hari ini.

"Kami mohon masa untuk mendapatkan arahan daripada anak guam kami jika terdapat apa-apa untuk dijawap.”

Peguambela utama, Karpal Singh berkata pihak pembelaan tidak mempunyai bantahan tetapi ingin tahu sama ada pihak pendakwaan akan memfailkan afidavit.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata mereka tidak akan berbuat demikian.

Najib dan Rosmah membuat permohonan mengketepikan sepina itu pada Rabu lalu melalui peguam cara mereka Hisyam Teh Poh Teik, - yang mana antara lain, mereka menafikan berkonspirasi untuk mengenakan Anwar.

Najib telah bertemu dengan pengadu kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan dua hari sebelum kejadian liwat yang didakwa itu berlaku dan dikatakan telah meminta pengadu membawa aduannya kepada pihak polis.

Semalam, Anwar menjawab afidavit Najib dan Rosmah di mana beliau berhujah bahawa terdapat beberapa isu-isu dan soalan yang mana pasangan yang berkuasa itu perlu jawab di mahkamah.

Bagi Rosmah, beliau juga didakwa pernah berjumpa dengan rakan Saiful, Mohd Rahimi Osman, sebelum kejadian itu.

Pada 16 Mei lalu, Anwar, 64, diarah membela diri atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadi, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, tanpa kerelaan di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di sini, antara jam 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Perbuatan itu didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh menyebabkan Anwar dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code