Isnin, 12 September 2011

NAJIB BERAK DALAM KELAMBU ANWAR


Perbuatan yang berniat jahat dengan 'pecah pedal' dalam kelambu orang lain jelas menunjukkan sikap dan tingkah pelakunya, bukan sebab munasabah, bukan sebab logik, bukan sebab lain tapi sebab jahat dan mengail undi di kawasan tersebut. Ini bukan soal beramah mesra dengan rakyat tetapi sebaliknya menggunakan kemudahan dan jentera kerajaan semata-mata bertujuan berkempen dan berpolitik walau belum sampai masanya lagi. Anehnya SPR tidak pula mengambil sebarang tindakan dalam hal ini...oppsss salah cakap...ini perkara biasa saja dalam berpolitik kata Tan Seri Aziz Samdol.

PM Tiba Dengan Teksi Dalam Jamban Anwar Ibrahim

Kehadiran ribuan pengunjung ke Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri-Merdeka di kubu kuat pembangkang di Permatang Pauh semalam dilihat sebagai satu isyarat baik kepada BN bahawa kerajaan pusat masih mendapat sokongan padu rakyat.

Kehadiran lebih 25,000 orang di majlis anjuran kerajaan pusat di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu, Kubang Semang itu, yang sanggup meredah hujan sejak awal pagi, bukan sekadar untuk menjamu selera malah mereka ingin bertemu dan menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja BN Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan berkata kehadiran rakyat yang begitu ramai membuktikan sokongan rakyat terhadap kerajaan pusat masih kuat.

"Kita yakin dapat mengurangkan undi terhadap pembangkang termasuk bagi kawasan parlimen Permatang Pauh kerana rakyat masih sokong usaha kerajaan pusat untuk memupuk keharmonian kaum," katanya kepada Bernama di George Town hari ini.

Permatang Pauh adalah kerusi Parlimen yang disandang ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Teng berkata dalam keadaan hujan dan kesukaran untuk meletakkan kenderaan sehingga terpaksa berjalan kaki sejauh tiga kilometer, rakyat tetap mengunjungi majlis rumah terbuka itu seawal 8 pagi lagi.

Katanya rakyat sedar bahawa hanya BN yang membawa falsafah kesederhanaan dalam perjuangan untuk membela rakyat dan tidak bermain dengan isu-isu perkauman semata-mata untuk meraih sokongan.

Ketibaan Perdana Menteri di pekarangan sekolah berkenaan pada pukul 11.30 pagi dengan menaiki teksi disambut sorakan penduduk setempat yang beratur dari pintu masuk dan paluan gendang pelbagai kaum serta kibaran bendera oleh ratusan pelajar.

Ini menyebabkan Najib terpaksa mengambil masa hampir setengah jam untuk sampai ke pentas utama kerana terpaksa bersalaman dengan ribuan pengunjung.

Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Datuk Abdul Jalil Majid berkata, rakyat di Permatang Pauh sendiri terharu dengan kehadiran Perdana Menteri dan menyifatkanya sebagai sebuah mimpi yang menjadi kenyataan.

Kenyataan Abdul Jalil ini terbukti apabila penduduk di Kampung Padang Ibu begitu teruja dengan kehadiran isteri Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datin Seri Masnah Rais menziarahi seorang ibu tunggal Saodah Abdul Rahman yang hidup dalam keadaan daif.

Secara selamba, seorang warga emas Abasah Ariffin, 60, atau lebih dikenali sebagai Mak Jang, terus menghiburkan Masnah dengan menyanyi lagu "Bahtera Merdeka" dan lagu asli di hadapan rumah Saodah dan memuji Masnah yang begitu mesra dan sanggup berbual dengan mereka.

Masnah dan rombongannya juga teruja melihat kepetahan Mohamad Nabil Ahmad, murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Ibrahim di Sungai Petani dekat George Town, menyanyikan lagu Umno dengan penuh bersemangat.

Masnah bersama ahli-ahli Wanita Umno Bahagian Permatang Pauh kemudiannya turut menyanyi beberapa lagu termasuk Ibu Pertiwi bagi menghiburkan warga emas berkenaan.

Yang turut hadir dan berpeluang menyaksikan sendiri bagaimana meriahnya sokongan rakyat terhadap kerajaan pusat itu ialah Ketua Menteri Lim Guan Eng serta anggota-anggota exco kerajaan negeri.

- Bernama


0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code