UMNO dakwanya OK fasal hudud tapi kena tunggu untuk berfikir dulu....Baik tak payah cakaplah wahai Al sembabi dah lama dah merdeka, lebih 50 tahun. Ayah aku pun dah mati dah takkan begitu lama untuk Malaysia bersedia menghadapi hudud, menyebarkan hudud. Apa yang kementerian pendidikan buat sehingga kini untuk mengembangkan kefahaman berkaitan hudud kepada pelajar dan kementerian penerangan kepada rakyat Malaysia umumnya? Sudah berpuluh tahun PAS memperjuangkan hudud ini, tak pernah pun diperkenankan UMNO. Sebaliknya ditaram-taram oleh UMNO dan gerombolannya. Apa yang dikatakan dengan 'UMNO OK' oleh Al Sembabi dalam isu ini? Apa maksudnya?
Bermula dari era Mahathir muda lagi sehingga sekarang ...ada tua sudah mari kalu...Mahathir ada rasa sikit insaf dan mula menunjukkan tangan yang selama ini disembunyikan bila bercakap bab hudud. UMNO dan 'bapa penghalang hudud' ini selalu kata sebab Karpal Singh Anak Jantan Karpal Selam Cucu Karpal Layar Cicit Karpal Kargo yang menghalang Hudud dilaksanakan. Langsung tidak masuk akal. Padahal yang patut dipertanggungjawabkan dalam soal ini ialah Perdana Menteri dan sudah tentu Agong selaku kepala agama Islam di Malaysia, sekiranya kedua tokoh besar ini memberi mandat, Perlembagaan boleh berubah dan diubah ikut selera UMNO dan Perdana Menteri sebagaimana yang berlaku terhadap kuasa raja yang dikatakan berlebihan oleh Mahathir satu masa dulu. Maka sudah tentu Malaysia mampu melaksanakan hudud. Sebab utama hukum hudud mampu dilaksanakan di Malaysia ialah Hudud ini tidak melibatkan orang kafir, itu mesti jelas dalam pemikiran rakyat Malaysia.
Namun sebenarnya perkara yang cuba ditimbulkan oleh Mahathir hanya untuk mengocak ketenangan Pakatan Rakyat dengan mencari isu yang menimbulkan kekeruhan dan luka lama berdarah kembali. Niat jahat dan memasang lukah didarat ini tidak ubah seperti cuba menabur garam di muka kuala sahaja. Tanpa disedari kini air sudah pasang, perahunya sudah hanyut jauh ke tengah laut, ditengah air yang lebih masin dari garam yang dibawanya.
Usah bersandiwaralah Tun Mahathir, cerita itu sudah lama berlalu...Hudud tetap akan PAS perjuangkan walau terpaksa mengorbankan DAP ini soal teras dan pokok perjuangan parti, tidak perlu digolok oleh Mahathir dan Al Sembabi, PAS ada juga wawasan terhadap Islam manakala UMNO langsung tak ada, yang ada cuma 1Malaysia yang entah ke mana kuburnya kelak.
Namun sebenarnya perkara yang cuba ditimbulkan oleh Mahathir hanya untuk mengocak ketenangan Pakatan Rakyat dengan mencari isu yang menimbulkan kekeruhan dan luka lama berdarah kembali. Niat jahat dan memasang lukah didarat ini tidak ubah seperti cuba menabur garam di muka kuala sahaja. Tanpa disedari kini air sudah pasang, perahunya sudah hanyut jauh ke tengah laut, ditengah air yang lebih masin dari garam yang dibawanya.
Usah bersandiwaralah Tun Mahathir, cerita itu sudah lama berlalu...Hudud tetap akan PAS perjuangkan walau terpaksa mengorbankan DAP ini soal teras dan pokok perjuangan parti, tidak perlu digolok oleh Mahathir dan Al Sembabi, PAS ada juga wawasan terhadap Islam manakala UMNO langsung tak ada, yang ada cuma 1Malaysia yang entah ke mana kuburnya kelak.
Hudud: Umno OK tapi Malaysia tak sedia, kata Muhyiddin
PUTRAJAYA, 22 Sept — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno bersetuju dengan hukum hudud pada dasarnya kerana ia sebahagian daripada Islam, tetapi Malaysia belum bersedia untuk melaksanakan undang-undang sedemikian buat masa sekarang.
Katanya, ada keperluan untuk mengembangkan maklumat mengenai undang-undang hudud agar orang ramai memahami sebelum parti yang memerintah boleh berfikir untuk melaksanakannya.
“Ini adalah pendirian kami sejak dari dahulu lagi,” kata beliau (gambar) kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Kabinet mengenai harga barang dan bekalan di sini.
“Lebih-lebih lagi, dalam konteks masyarakat pelbagai kaum dan agama, kita harus mengembangkan pengetahuan secara meluas sebelum kita boleh sampai ke satu tahap di mana kita merasakan bahawa sudah sesuai masanya (untuk melaksanakan), tetapi saya tidak fikir kita sudah sampai (di situ),” kata Timbalan Presiden Umno.
Muhyiddin menjelaskan bahawa Muslim tidak boleh menolak realiti bahawa undang-undang hudud adalah sebahagian daripada prinsip Islam tetapi pihaknya tidak bersetuju dengan PAS dan PKR bahawa kini adalah masa yang sesuai untuk melaksanakannya.
“Isu di sini bukan soal hukum, tetapi persoalannya mengenai pelaksanaan hudud,” kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) ini.
Kata Muhyiddin, jika Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merasakan bahawa sekarang adalah masa yang sesuai bagi melaksanakan undang-undang hudud di negeri itu, terserah kepada beliau.
Dalam ulasannya pagi tadi, Nik Aziz menyifatkan kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam sebagai sesuatu yang melucukan apabila meminta Menteri Besar Kelantan itu merujuk hasrat mahu melaksanakan hukum hudud kepada pentadbiran Najib.
Nik Aziz berkata mengikut protokol pentadbiran negara mana-mana surat rasmi yang dihantar kepada perdana menteri tidak akan tamat tempoh kuat kuasa apabila penyandang semasa meletakkan jawatan.
“Saya tidak pernah mendengar dasar bahawa mana-mana surat yang dihantar oleh perdana menteri akan tamat tempoh kuat kuasa apabila perdana menteri tersebut meletakkan jawatan.
“Adakah semua perkara akan tamat tempoh dan perlu diperbaharui apabila berlaku peralihan perdana menteri? Lucu sekali cabaran Tun Mahathir...,” kata Nik Aziz dalam mesej dikeluarkan menerusi laman sosial Facebook beliau pagi ini.
Sehubungan itu, kata Nik Aziz, beliau juga memohon Datuk Seri Najib Razak agar menarik balik surat, yang dikeluarkan ketika pentadbiran Dr Mahathir menghalang pelaksanaan hukuman hudud, membenarkan Kelantan melaksanakan undang-undang itu jika benar-benar Umno ikhlas berjuang untuk agama.
“Saya juga memohon Datuk Seri Najib dapat menarik balik surat tersebut,” kata Mursyidul Am PAS ini mengulas kenyaatan Dr Mahathir yang dikeluarkan di Tanjong Malim semalam.
Dr Mahathir meminta Nik Aziz memperkenalkan hukum hudud di negeri itu sekarang memandangkan beliau tidak lagi menjadi perdana menteri yang dahulunya dianggap menghalang hasrat kerajaan negeri itu melaksanaannya.
“Saya bukan perdana menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud). Pi la tanya Najib kot dia nak bagi ... ni dia (Nik Aziz) dok salahkan saya kononnya pasai saya, (PAS) tak dapat laksana hukum hudud,” katanya.
- Malaysian Insider
1 comments:
Muhyidin kata:
dalam konteks masyarakat pelbagai kaum dan agama, kita harus mengembangkan pengetahuan secara meluas sebelum kita boleh sampai ke satu tahap di mana kita merasakan bahawa sudah sesuai masanya
Saya kata :
Kenapa dalam bab undang-undang lain tak pula macam tu,terus jalan je ,kenapa tak bagi kefahaman pada rakyat menyeluruh dulu baru laksanakan.
Alasan...
Catat Ulasan