Selasa, 20 September 2011

MENTERI PINGGANG - MANGKUK HAYUN GUBAL UNDANG-UNDANG

Jika setakat nak gubal undang-undang 'bodoh' seperti ISA tidak perlu seorang Menteri buat perjanjian, orang lain yang teruk pun boleh...Apatah lagi menteri pinggang-mangkuk ini. Lebih sudu dari dari kuah. Satu atau dua bentuk undang-undang untuk menggantikan ISA rasanya tidak perlu sama sekali kerana undang-undang yang sedia ada ini sudah cukup untuk menangkap dan menyiksa orang yang tidak bersalah sehingga membawa ke arah 'mati mengejut' atau bunuh diri setelah disoal siasat, ini belum lagi kepada kes-kes yang melibatkan kematian dalam lokap. Undang-undang nak siksa orang tidak susah la machaq. Tapi undang-undang untuk menyenangkan orang yang selalu susah dibuat.

Kalau dah namapun undang-undang tidak payah cerita pasal ringan - semua undang-undang berat dan menyiksakan. Orang bongok dan mangkuk hayun saja yang kata undang-undang itu ringan. Tidak ringan. Sedangkan denda RM100 pun orang sanggup dipenjarakan kerana tidak mampu nak bayar denda. Bila masuk saja penjara - tak ada penjara yang ringan di Malaysia ni...

Wahai Nazri tak usahlah anda berdolak dan bermain wayang dengan sandiwara cinta semusim pilihan raya. Semua orang dah tahu itu satu penipuan saja. Taktik lama.

Nazri jamin dua akta baru tidak ‘keras’ banding ISA

KUALA LUMPUR, 20 Sept – Datuk Seri Nazri Aziz berkata dua undang-undang baru yang hendak digubal tidak akan membawa elemen-elemen yang ‘lebih keras’ berbanding Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang bakal dimansuhkan.

Menjawab gesaan kumpulan pendesak agar undang-undang baru itu wajar mengekalkan roh ISA, Nazri (gambar)berkata, kedua-dua akta yang hendak digubal itu tidak akan bersifat “lebih menindas” sebagaimana telah dijanjikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minggu lalu.

Nazri juga berkata salah satu akta baru itu akan digunakan khusus untuk menangani keganasan manakala yang satu lagi bagi menjaga ketenteraman dan keselamatan awam dengan tumpuan ke atas soal perkauman dan agama.

“Tetapi undang-undang ini, sebagaimana dikatakan oleh Perdana Menteri minggu lalu, mesti memenuhi dua isu fundamental,” kata beliau selepas mengadakan pertemuan dengan Persekutuan Persatuan Cina Malaysia di sini hari ini.

Nazri berkata asas-asas yang akan digunakan ialah tiada tahanan hanya kerana ideologi politik dan penahanan pula hanya boleh diluluskan menerusi mahkamah.

“Ini adalah dua perlindungan,” katanya lagi.

Beliau juga berkata kedua-dua undang-undang itu akan tertakluk kepada perbahasan yang mendalam di Parlimen selain perbincangan dengan publik.

Nazri juga menyifatkan kritikan bahawa undang-undang itu akan bersifat lebih menekan berbanding ISA adalah pandangan mengarut.

“Jika mereka mengatakan bahawa ia akan lebih menekan dan masih diluluskan di Parlimen, maka pembangkang sudah tentu tidur,” kata beliau.





0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code