Rabu, 21 September 2011

MAHATHIR BAPA PENGHALANG HUDUD MALAYSIA


RUPA-rupanya selama ini UMNO, pengampu-pengampunya terutama Mashitah, Nazri dan beberapa orang kanan UMNO selalu menghina dan mengutuk PAS kerana gagal melaksanakan 'Hudud' di negeri-negeri pentadbirannya terutama Kelantan. Sepatutnya penghinaan seperti ini tidak perlu dihighlight oleh mereka, selama inipun bukan mereka tidak tahu, malah menurut Mashitah Mismah, jika hudud dilaksanakan maka banyaklah orang yang kudung tangannya terutama Melayu, maka bagaimana untuk bersaing dengan bangsa yang bukan Islam, penolakan dan alasan ini secara langsung telah menolak PAS sebagai sebuah parti yang gagal.

Padahal jelas selama ini, usaha-usaha yang dilakukan oleh PAS untuk melaksanakan hukum itu ternyata mendapat tentangan yang keras malah penghinaan kepada PAS. Kini, barulah rakyat sedar bahawa dalang sebenar yang menghalang segala usaha itu telah mengaku pada hari ini. Mesej dan pengakuan jelas yang diberikan oleh Mahathir jelas menunjukkan sebenarnya kegagalan PAS untuk melaksanakan hukum Islam itu berpunca dari Mahathir. [klik sini]

Mahathir juga menyifatkan PAS tidak mampu melaksanakan hudud, jika demikian kiranya eloklah juga jika UMNO memerdekakan Malaysia dari jajahannya. Jika tidak sampai bilapun hudud tidak mungkin terlaksana, jika dulu Mahathir kata sebab dia tapi kini dia menyalahkan pula Najib yang bertanggungjawab untuk meluluskan Hudud. Umum mengetahui bahawa selagi kerajaan pusat tidak memberi kebenaran untuk Kelantan melaksanakan hukuman dan undang-undang hudud maka selagi itulah ianya gagal. Mahathir juga terlupa [Melayu mudah lupa] bahawa dakwaannya mengenai kadar pengidap Aids tertinggi ialah di Kelantan, padahal orang-orang yang terkena penyakit Aids Kelantan bukanlah disebabkan Nik Aziz atau PAS, tapi orang-orang itu adalah penyokong tegar UMNO.

Orang UMNO yang banyak menghidap penyakit Aids lepas tu Mahathir menyalahkan orang PAS. Katanya PAS bertanggungjawab untuk mendidik puak UMNO yang jahil ni. Masalahnya penyokong UMNO ini degil dan tidak mahu dengar cakap. Percakapan bodoh Mahathir ini harus dilihat dalam berbagai perspektif. Jika semua orang di Malaysia ini alim sekalipun atau kuat beragama tidak semestinya mereka tidak melakukan kesalahan. Maka akibat kesalahan inilah maka hudud itu sangat perlu dilaksanakan agar mereka insaf dan sedar akan kebesaran dan balasan Allah sekiranya mereka berbuat jahat.

Mahathir turut menyelar Karpal Singh bahawa dialah yang menyebabkan hudud terhalang. Secara logik perkara ini adalah biasa bagi orang bukan Islam. Mereka sudah mesti tidak bersetuju kerana pada mereka itu bukan hukum agama mereka. Sebaliknya orang Islam seperti Mahathir ini yang harus bertegas kerana pernah menjawat jawatan yang paling tinggi di Malaysia. Apa hang ingat dalam kubur hang tak kena tanya ke? Pasal Karpal Singh sepatutnya tidak harus masuk campur dan tidak penting kerana hukuman ini hanya untuk orang Islam. Cuma yang sangat dirisaukan oleh Karpal singh ialah nanti para peguam yang mengamalkan undang-undang sivil susah nak cari makan sebab semua kes jenayah dibicarakan dalam mahkamah syariah. Inilah yang patut dirisaukan oleh peguam agama kafir jika hudud dilaksanakan.

Isu membesar-besarkan Karpal Singh sebagai penghalang tidak timbul sekiranya orang berkuasa seperti Mahathir dulu dan Najib sekarang sebagai Perdana Menteri Malaysia bertegas mahu melaksanakannya, jika orang kafir tentang maka itulah yang Ibrahim Ali katakan - Jihadkan saja apa susah, kalau matipun mati syahid. Apa, Mahathir takut kalau mati 'syahid'?

Jadi wahai Mahathir, isu dan polemik berkaitan hudud ini tidak perlu diulang banyak kali, apa Mahathir sekarang sudah insaf atau menyesal kerana tidak meluluskan hudud semasa menjadi PM? Jika ini yang Mahathir risaukan nampaknya masih belum terlambat. Mahathir masih boleh melobi untuk melaksanakannya sebelum menutup mata dan berdepan dengan Munkar dan Nakir nanti. Ingatlah kita ini bukannya menongkat langit lagipun usia sudah diambang malam.

Jika nak bandingkan usia dengan Nik Aziz, Mahathir jauh lebih tua, tapi sekurang-kurangnya Nik Aziz habis belajar kitab Al-Hikam apatah lagi kitab Munyatul Musolli. Sebaliknya Mahathir sibuk dalam penulisan buku-buku politik dan masih tenggelam dalam 'Dilema Melayu' yang lebih ke arah sekular dan keduniaan, rakyat yang menyanjung kita di dunia tidak membantu kita di lubang kubur kelak. Kita kena ingat Munkar dan Nakir tidak pangkah UMNO atau BN dalam kubur esok. Munkar dan Nakir juga tidak makan rasuah dan tidak ada 'pintu belakang' buat kita. Ini Mahathir kena ingat.

Namun akibat kegilaan pada kuasa kerana sering dipuja ke mana saja kita pergi telah menjadikan kita lupa pada kebesaran Ilahi, lupa bahawa satu hari kita akan mati. Ilmu politik tidak membawa kita ke mana-mana di alam Barzakh nanti. Jadi usahlah kita terlalu mencampuri urusan keduniaan kerana kita sewajarnya telah lama meninggalkannya.

Apa lagi yang ingin kita kejari, takkan sampai matipun mulut kita masih ternganga dengan mengucap UMNO,UMNO, UMNO......UMMMMNOOOOOOOOO!!! Lepas itu kita kiok!!!




0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code