Mengapa DAP, MCA begitu skeptikal bila sampai bab hudud ialah kerana UMNO telah gagal dalam misinya memberi penerangan kepada golongan bukan Islam berkaitan hudud. Malah UMNO hanya menimbulkan hudud bertujuan untuk melaga-lagakan orang kafir dan Islam saja. Pemikiran yang sebegini tidak membantu Islam disebarkan, sebaliknya bukan Islam hanya melihat Islam sebagai agama yang primitif dan ganas.
Hudud ditentang bukan Islam terutama DAP dalam PAKATAN adalah kerana diapi-apikan UMNO. Manakala hukuman gantung yang diluluskan oleh Mahathir bagi pengedar dadah tidak pula ditentang oleh bukan Islam. Bukankah hukuman itu sebenarnya lebih kejam dari hudud? Tiada pula jawapan dari cerdik pandai Islam dalam soal ini, malah jika adapun penampilan mereka hanyalah untuk menyatakan bahawa hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia. Maka berbagai bahan rujukan, nas, dan keratan ayat suci Al Quran akan ditafsir dan digali oleh golongan yang dititlekan sebagai cendikiawan Islam dan ulama oleh UMNO untuk memberi seribu alasan yang menyokong bahawa hudud ini tidak boleh dilaksanakan di Kelantan. Maka tinggallah PAS terkial-kial seorang diri membela satu-satunya hukuman Allah ini untuk dilaksanakan.
Bermacam kaedah pula bagi PAS memberi penjelasan itu terutama Nik Aziz untuk memasukkan enakmen ini agar menjadi satu perundangan dalam undang-undang mahkamah syariah di Kelantan. Pilihan hukuman yang bakal dijalankan terletak dibahu hakim, bukan PAS. PAS hanya melaksanakan tanggungjawabnya bagi memasukkan hukum itu ke dalam satu senarai hukuman yang bakal dibuat oleh hakim bukan PAS yang melaksanakannya.
Ramai yang tidak faham situasi ini. Lagipun ramai yang beranggapan bahawa PAS adalah parti yang bertanggungjawab dalam soal ini. Ini juga salah sebenarnya semua umat Islam harus menyokong hudud, bukan menentang. Sekiranya enakmen hudud ini dimasukkan ke dalam senarai perundangan juga masih belum tentu hudud ini dilaksanakan, sebaliknya hakim yang membuat pilihan untuk melaksanakan atau tidak. Sekiranya terdapat bukti yang sahih lagi jelas. Apa salahnya jika hudud dikenakan kepada pesalah terbabit. Manakala hudud pula bukan sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan kerana mesti mempunyai saksi yang cukup, benar dan adil. Bukan main ikut suka sahaja.
Bagi bukan Islam perkara ini hanya dilihat pada peringkat akhir saja iaitu potong tangan, potong kaki, rejam, sebat(sebat sudah ada dalam undang-undang biasa), qisas(sudah ada dalam undang-undang biasa) dan sebagainya. mereka hanya merumuskan perkara ini iaitu di peringkat akhir saja. Walhal dalam perundangan Islam ada juga hukuman denda, takzir dan syariah yang lain.
Justru kefahaman ini harus diambil dengan serius oleh pelbagai pihak sama ada UMNO mahupun komponen parti bukan Islam. Mereka terlebih dahulu harus memahami apa itu hudud. Jika bukan Islam tidak mahu mengikuti hudud dan mengikuti perundangan yang sedia ada, ia juga tidak menjadi masalah kerana pada dasarnya hudud ini hanya untuk orang Islam saja. Jika murtad hukumnya bunuh. Maka memang patutlah sekiranya bukan Islam tidak bersetuju kerana mereka tahu bahawa hukuman ini akan merugikan agama mereka. Jika murtad dibunuh maka sudah pasti unsur dan usaha memurtadkan orang Islam dengan sendirinya lemah dan Islam juga tidak berani lagi untuk keluar Islam. Inikah yang orang bukan Islam takuti?
Kelantan merupakan sebuah negeri yang mempunyai struktur masyarakat yang berbeza dengan negeri lain. Masyarakat dan persekitaran di Kelantan majoritinya Islam. Faktor ini tidak dapat dijadikan alasan oleh DAP untuk menafikan hak Kelantan melaksanakan hudud. Lagipun DAP tiada kerusi di Kelantan. Jadi isu dan polemik ini tidak perlu lagi diheboh-hebohkan. Takkan orang Islam di Kelantan menolak hudud? Inikan hukum Allah. Namun apakah penyokong BN di Kelantan berkeras mahu menolaknya, sedangkan ianya dapat dilaksanakan di Kelantan. Malah besar kemungkinan Kelantan akan menjadi sebuah negeri yang paling unik di Malaysia apatah lagi di dunia. Apakah rakyat Kelantan tidak mahu?
Kata kunci yang harus diingati ialah kepada bukan Islam hudud tidak dikenakan, ini harus dijadikan kunci utama. Namun sekiranya terdapat bukti yang sahih. Apa salahnya! [klik sini]

0 comments:
Catat Ulasan