Khamis, 18 Ogos 2011

UMNO USAH NASIHATI PAS SOAL PERJUANGAN ISLAM

Kebelakangan ini UMNO mula berjinak dengan Islam yang merupakan satu landasan perjuangan PAS sejak dari mula penubuhan parti itu lagi. UMNO nampaknya mula nampak dan celik bahawa sentimen agama terlalu sensitif bagi orang Melayu. Justru, pendekatan yang diambil UMNO kini lebih menampakkan kehiliran dalam menegakkan sesuatu isu yang berkaitan agama. Tapi maksud sebenar campur tangan UMNO dalam hal ehwal yang menjadi portfolio utama agong dan sultan tersirat satu maksud tertentu.

Umum mengetahui apakah tujuan sebenar UMNO berbuat demikian. Lebih-lebih lagi pemimpin-pemimpin yang secara langsung bercakap dalam beberapa isu berkaitan agama kebelakangan ini. Parti-parti komponen UMNO tahu mengapa isu ini dimanipulasikan dengan begitu kecam sekali oleh UMNO. Sebab itu MCA dan MIC masih lagi tidak bersuara dalam hal ini, kerana mereka tahu ini semua adalah strategi politik semata-mata. UMNO bukan parti perjuangan agama. UMNO hanyalah sebuah parti  yang membela Melayu. Padahal Melayu yang berada di bawahnya itu belum tentu Islam. Cuma tafsiran mengikut perlembagaan sahaja yang mengatakan identiti Melayu agamanya ialah Islam. Untuk memudahkan pengkategorian ras sahaja.

UMNO  pada mulanya diasaskan untuk Malaysia mencapai kemerdekaan dan seterusnya berjuang atas tiket membela Melayu. Namun malangnya semakin hari UMNO semakin menjual bangsa Melayu kepada bukan Melayu, contohnya jika dulu orang Melayu ada subsidi, tapi kini sudah dihapuskan dengan berbagai andaian perekonomian dan alasan yang dicari serta digali sehingga perkara tersebut dilupakan oleh Melayu yang mudah lupa ini. Jika dulu dasar ekonomi baru masih segar dalam lipatan sejarah, tapi kini dasar itu bersilih ganti men'delete'kan memorinya dengan tujuan untuk menghapuskan hak-hak keistimewaan Melayu yang sering dituntut oleh MCA dan MIC. Sudahnya, MARA, MRSM, UiTM tidak lagi menjadi hak mutlak orang Melayu. Segalanya terjual atas dasar kononnya perubahan topografi dan tuntutan pelbagai bangsa di Malaysia menjadi pemangkin utama monopoli ini berakhir. Padahal semua ini adalah menunjukkan betapa lemahnya perjuangan UMNO terhadap orang Melayu.

Isu yang jelas mensabitkan UMNO berkokok atas landasan keagamaan ialah kerana PAS adalah parti yang berjuang atas landasan tersebut. Jadi demi menjatuhkan musuh, UMNO harus mencari kelemahannya dalam bidang agama. Ini saja faktor kecelaruan yang berlaku kebelakangan ini.

Apa lagi isu ini nampaknya memberi satu pandangan yang boleh merungkaikan perpaduan Pakatan dalam perkiraan UMNO. Meskipun perkara ini sangat meleset tapi itulah UMNO, jika terdapat sedikit sahaja rekahan maka disitulah suntikan-suntikan racun akan dicucuk.

Antara isu yang berlaku di negeri Pakatan adalah menjadi topik hangat untuk UMNO mengocok loceng ialah isu 'mikrofon' dan isu 'gereja'. Kedua isu ini menjadi siulan UMNO kerana berlaku di negeri Pakatan. Padahal isu agama di negeri tadbiran sendiri tidak pula diambil peduli. Misalnya isu melanjutkan masa operasi pusat hiburan di Melaka. UMNO diam. Masa ahli MCA saman negeri Kelantan soal 'pengharaman' judi juga UMNO diam sebab berlaku di negeri pakatan.

Isu ajaran sesat 'Ayah Pin' UMNO diam sebab berlaku di negeri UMNO dan pengaruh Ayah Pin besar terhadap perjuangan UMNO.

Isu murtad telah lama berlarutan sehingga kini, tidak pula diambil tindakan serius oleh UMNO selaku kerajaan, isu merotan peminum 'arak' UMNO tak sokong, malah membebaskan pesalahnya. Jadi senarionya, penolakan UMNO dalam memperjuangkan Islam amat jelas. Tapi mengapa UMNO berbuat demikian? Cuba menasihati PAS dalam bidangnya. [klik sini] Kata-kata Shafie Apdal ini memang tidak boleh dipakai langsung kerana di negerinya sendiri kes murtad ini berleluasa sekali. Tapi apa tindakan beliau? Tiada apa-apa.

Kesimpulannya UMNO haruslah sedar, jika anda bukan seorang guru muzik usah mengajar mata pelajaran muzik, sebab tempo yang anda cari, sumbang pula lagu jadinya akibat 'picing' yang salah.


0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code