Selasa, 2 Ogos 2011

BARISAN NASIONAL TAK HABIS-HABIS MENABUR FITNAH...!!!



Sikap buruk yang berterusan ditunjukkan oleh UMNO dan MIC P.Pinang yang menuduh kerajaan negeri bawah pentadbiran Lim Guan Eng tidak telus dan hanya mementingkan kaum bumiputera sahaja dalam memberi projek. Keadaan ini sekali gus boleh menimbulkan rasa tidak puas hati kalangan bukan Melayu di sini.

Kontraktor nafi anak 19 tahun dapat projek RM1 juta

GEORGETOWN: Seorang kontraktor hari ini menafikan dakwaan kononnya anak beliau yang berusia 19 tahun mendapat projek bernilai RM1 juta daripada kerajaan Pulau Pinang untuk membina sebuah sekolah agama di sini.

Abdul Wahab Abdullah berkata, anak lelakinya, Nursufi, hanya bertindak sebagai pengurus projek pembinaan sekolah agama dua tingkat di Batu Maung itu.
"Projek itu diperoleh Syarikat Syamir dan ia adalah projek isteri saya, Rozidah Omar. Projek ini bukan bernilai RM1 juta seperti yang dilaporkan dalam akhbar sebaliknya bernilai kira-kira RM500,000 sahaja," katanya.

Katanya, projek berkenaan siap akhir tahun lalu.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan pelajar sebuah kolej, Nursufi Abdul Wahab yang baru berumur 19 tahun, berjaya memperoleh projek bernilai RM1 juta daripada kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui DAP.

Dakwaan itu dibuat oleh Ketua Wanita MCA Pulau Pinang, Tan Cheng Liang, dalam satu kenyataan akhbar semalam.

Tan dilaporkan mempertikai ketelusan kerajaan negeri Pulau Pinang dalam pengagihan projek di negeri itu dan mendakwa hanya 0.2 peratus projek diberikan kepada bukan Bumiputera sejak 2008.
Abdul Wahab berkata, beliau dan isteri sedang memberi pendedahan kepada Nursufi dalam bidang perniagaan.

"Dia sedang belajar di Kolej Damansara Utama dalam jurusan perniagaan. Projek itu untuk dia belajar serba sedikit dalam bidang itu," katanya.

Abdul Wahab berkata, anaknya tidak mempunyai sebarang lesen kontraktor Kelas D seperti yang dilaporkan. - BERNAMA


0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code