Isnin, 15 Ogos 2011

TINGGAL 4 HARI LAGI BUAT NAJIB


Rasa pening dan serabut perut Najib semakin ketara dengan masa yang diberikan oleh pembangkang untuk dipanggil sidang parlimen tergempar mengenai pelbagai isu pilihan raya dan senarai daftar pemilih yang didakwa telah diselewengkan oleh JPN dan SPR kini semakin suntuk.

Senjata yang Najib bakal gunakan adalah seperti biasa, iaitu akan menafikan segalanya berkaitan dengan sebarang isu yang bakal dibangkitkan oleh pembangkang. Senjata yang tidak sulit ini bakal menembak pembangkang dalam sidang yang bakal berlangsung sengit nanti. Itupun kalau Najib berani. Tapi jika diukur dengan sikap pengecutnya tidak mungkin sidang ini akan diadakan memandangkan ianya langsung tidak memberi sebarang keuntungan politik kepada UMNO sebaliknya menurut perkiraan orang kuat Najib ianya sekadar mengundang keaiban kepada parti UMNO sahaja.

Putrajaya umum bentuk panel Parlimen halusi sistem pilihan raya

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembentukan satu jawatankuasa pemilih secepat mungkin untuk meneliti status sistem pilihan raya ekoran kritikan dan dakwaan wujudnya kepincangan dan kecacatan.

Perdana Menteri berkata jawatankuasa itu akan dianggotai oleh wakil Barisan Nasional (BN) and Pakatan Rakyat.

Minggu lalu Pakatan Rakyat memberi tempoh tujuh hari agar Najib memanggil satu sidang khas Parlimen bagi membincangkan isu berkaitan.

Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan 9 Julai lalu dengan meletakkan lapan tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya.

“Jawatankuasa pemilih Parlimen akan dibentuk dalam waktu terdekat dan ia akan terdiri daripada wakil kerajaan dan pembangkang,” kata Najib.

“Jawatankuasa ini akan membincangkan kesemua persoalan dan isu mengenai pembaharuan agar kata sepakat bersama dapat dicapai,” kata Najib.

Jawatankuasa itu, menurut Perdana Menteri, akan memastikan tiada dakwaan manipulasi sistem pilihan raya.

“Saya bersama Kabinet saya tidak mahu menjadi Perdana Menteri atau kerajaan tanpa sokongan rakyat (menerusi pengundian yang betul,” kata Najib.


0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code