Ahli parlimen Nibong Tebal sekali lagi mencari gali cerita sensasi untuk dipaparkan kepada umum terhadap pimpinan DAP di P.Pinang. Sikap buruk pemimpin Barisan Nasional ini jelas hanya menangguk di air keruh saja. Apa yang menyebabkan Tee Beng begitu sibuk dalam banyak perkara di P.Pinang ialah sekadar mencari sedikit sokongan dan mempengaruhi rakyat agar membenci DAP, itu sajalah kerja yang BN mampu buat setakat ini. Sepatutnya sebagai seorang pemimpin Tee Beng tidak boleh menjatuhkan dan mencari masalah saja, sebaliknya hendaklah sama-sama membantu demi kemajuan negeri dan rakyat.
Budaya saling mencari salah ini sepatutnya sudah tidak lagi wujud di Malaysia ini. Apakah BN mengira bahawa semua yang dilakukan olehnya betul? Sedangkan rakyat sekarang teraba-raba mencari rezeki untuk menampung sejumlah besar kenaikan harga barang yang jelas menunjukkan kerajaan BN gagal dalam urus tadbir ekonomi di Malaysia.
Tee Beng juga harus mengambil inisiatif bagi membela rakyat bukan sahaja tahu ingin merampas kuasa sahaja. Sebab peluang yang rakyat beri kepada BN sudah begitu lama bagi mentadbir P.Pinang tetapi peluang itu tidak sedikitpun dapat menjadikan P.Pinang sebagai sebuah negeri yang benar-benar maju dan berdaya saing dalam berbagai segi meski mempunyai sumber pelabuhan yang tidak kurang hebatnya berbanding Singapura.
Isu pembelian tanah oleh rakyat Malaysia (Vincent Tan) tidak perlulah diperbesarkan oleh Tee Beng memandangkan Vincent Tan juga adalah seorang rakyat Malaysia. Bukankah dengan penjualan tanah untuk pembangunan akan memberi pulangan dan pendapatan kepada kerajaan negeri dan seterusnya dapat membantu rakyat? Fikirlah perkara ini dengan positif, bukan hanya melihat sudut yang negatif semata-mata. Buat apa jika tanah ada, tapi terbiar dan tidak berbuat apa-apa. Lagipun bukan pula tanah itu tergadai kepada negara lain sebagaimana Tanjung Pagar di Singapura akibat ketamakan pemimpin dan istana yang sanggup menjual pusaka itu kepada negara Singapura demi untuk wang. Akhirnya Singapura menyambut hari kemerdekaan dengan penuh gaya baru-baru ini kerana berjaya merampas tanah di negaranya yang dijajah Malaysia. Walaupun pada asalnya itu Tanah Melayu. Barisan Nasional dalam banyak aspek perbendaharaan sebenarnya telah gagal untuk menjaga dan mengamanahkan dengan bijaksana urusan ini.
Jangan pula Tee Beng anti pembangunan ibarat 'teh beng' yang tidak berais, nama sahaja sejuk tapi panas menginak. Tee Beng harus sedar dan sama membantu kerajaan yang ada sekarang untuk membangun. Bukan hanya menghentam sahaja segala apa projek yang ingin dilaksanakan di negeri tersebut. Kritikan dan tohmahan yang dilemparkan oleh Tee Beng dalam utusan sebenarnya menerangkan kepada rakyat bahawa Tee Beng hanya berpusing pada tempat yang sama saja. Memakan duit judi dengan berniaga dengan sipenjudi adalah sesuatu yang tidak sama. Jika di negeri kerajaan BN sudah tentu judi memainkan peranan dalam sumber ekonomi negeri itu untuk memberi makan kepada rakyatnya.
Menurut Tee Beng, tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang membenarkan Vincent melabur di negeri ini juga dilihat seolah-olah 'cakap tidak serupa bikin' dan keluar daripada prinsip yang mereka laung-laungkan selama ini iaitu tidak mahu mengamalkan duit haram atau duit judi.
0 comments:
Catat Ulasan