KUANTAN 16 Ogos - Reman terhadap suspek kes pembunuhan wanita Perancis yang ditemui ditanam di sebuah gua di Pulau Tioman, disambung seminggu lagi.
Lelaki berusia 36 tahun itu sebelum ini ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan kes pembunuhan Stefanie Foray, 30, dan penahanannya sepatutnya tamat hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner T. Narenasegaran memberitahu Bernama bahawa suspek terlibat dalam perniagaan penyewaan alat menyelam.
Foray yang berasal dari Bour En Bresse, Perancis, dilaporkan hilang sejak 8 Mei lepas, dan susulan laporan polis oleh keluarga wanita itu menerusi wakil Perancis di Singapura, siasatan mendapati Foray ke Pulau Tioman pada 10 Mei dan tidak pernah mendaftar keluar.
Siasatan lanjut polis membawa kepada penemuan rangka manusia yang dipercayai Foray, ditanam sedalam tiga meter di sebuah gua di kampung itu pada 8 Ogos lepas. - Bernama
Selasa, 16 Ogos 2011
Suspek bunuh Stefanie Foray warga Perancis disambung reman
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan