Khamis, 4 Ogos 2011

SPR: PENIPUANNYA SEMAKIN JELAS, ZAHID HAMIDI SEBAGAI BARUA


ZAHID HAMIDI yang dilantik menjadi menteri pertahanan kini nampaknya semakin 'gedebe' lantaran bini mudanya orang Kelantan. Jika sebelum ini beliau begitu lantang membela Najib Razak dalam isu Scorpene kini apa lagi nak kata...Jika dulu tegas mahu mendakwa sesiapa yang bercakap isu tersebut sama ada di khalayak atau di blog semuanya nak didakwa di mahkamah bukan dengan duit sendiri tapi dengan menggunakan wang kerajaan iaitu wang rakyat, tapi ini semua tidak pula di bantah oleh orang BN.


Kecurangan UMNO dalam mengeksploitasi undi pos oleh tentera menjadikan peranan Zahid Hamidi semakin penting pada Pilihan Raya Umum nanti. Khabarnya Zahid akan memberi kuasa kepada pegawai kanan bagi menguruskan apa yang dipanggil 'misi menyelamat negara'. Setelah peranan tentera yang dilihat tidak begitu berfungsi kepada negara - kerana Malaysia tidak berperang dengan mana-mana negara. Komunis pula sudah lama meletakkan senjata. Jadi peranan tentera hanyalah sebagai 'tikus dalam beras' saja. Itu saja. Jadi kerana ingin membalas jasa yang tentera kini banyak rehat dari kerja, maka lebih baiklah mereka berkhidmat dalam misi menyelamat 'UMNO'.

Rupanya telah lama UMNO menggunakan teknik penipuan ini. Cuma pembangkang tidak begitu berminat untuk di bawa ke tengah, Namun kini setelah berdekad penipuan undi ini berlaku dan semakin ketara. Perkara ini tidak lagi boleh dibiarkan berlarutan. Pendedahan demi pendedahan harus dilakukan untuk keadilan rakyat.

Laporan dari MK

Undi pos: Lagi bekas tentera dakwa subahat

Seorang lagi bekas tentera hari ini tampil mendakwa pernah terlibat menyalahguna undi pos semasa berkhidmat atas arahan pegawai atasannya.

Nasir Mohamad yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai bekas "kerani" di kem Sandakan, Sabah berkata, kejadian itu berlaku ketika pilihan raya umum ketujuh pada tahun 1986.

"Saya bersama seorang kerani diarah buka karung undi... (kami) diarah pegawai atasan buka uncang undi dan diarahkan memangkah. Kertas undi itu lebih kurang 900 keping, termasuk tentera dan isteri mereka.

"Saya diarah bahagi dua, kawan saya, namanya Ayub Mat. Dia ambil 400 lebih, saya ambil 400 lebih (kertas undi). Saya diminta undi ikut citarasa saya," katanya dalam majlis anjuran Pemuda PAS di sebuah hotel di Ampang pagi tadi.

Kes yang hampir sama didakwa berlaku pada Oktober 2009 apabila bekas "sarjan gaji" Abu Kassim mengakui pernah memangkah BN bagi pihak tentera lain dalam dua pilihan raya umum - pemalsuan undi yang selama ini digembar-gemburkan pembangkang.


0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code