Tahukah anda bahawa ramai orang yang kaya-raya mereka akan bercuti ke luar negara terutama di sebelah negara barat apabila tibanya hari mulia iaitu bulan Ramadhan. Termasuklah juga pembesar-pembesar negeri dan ada juga laporan yang mengatakan sultan-sultan juga gemar berbuat demikian. Jika benar berita ini maka amat malanglah selaku ketua agama Islam pergi bersembahyang terawih di luar negara. Adalah tidak molek perkara itu berlaku.
Adapun berita yang didengar dan tersebar luas lagi, kebanyakan pembesar negeri ini sengaja mencari musim puasa sahaja untuk bercuti, kalau 2-3 hari itu tak pa gak. Tapi sampai sebulan penuh kerana mendakwa terdapatnya rumah banglo mereka sendiri di luar negara yang perlu dijaga.
Tapi musykil jugak kenapa nak jaga rumah banglo mereka pada bulan puasa. Atau apa yang mereka buat dekat sana.
Ramai juga pembesar negara kita yang kaki judi di luar negara. Benarkah? Tapi siapa?
Ini adalah kutipan dari pertuturan-pertuturan marhaen yang bersepah di negeri-negeri yang mempunyai pembesar seperti mereka.
Bagi Pakdoe yang kaki kedai kopi ini, selalu mendapatkan maklumat berdasarkan perjalanan ke seluruh kedai-kedai kopi yang berada di kampung-kampung untuk mengetahui senario marhaen mereka yang sebenar.
Cakap-cakap di kedai kopi yang menjadi satu pusat penyebaaran maklumat yang lebih tepat dan jitu. Tapi kalau tersasarpun tidak jauh dari perkara sebenarnya yang berlaku. Jika tidak marhaen tidak berani bercakap 'kutsir' kerana bimbang menjadi satu kesalahan dan mengundang musuh.
Pembesar-pembesar negara kita mempunyai cukup segala-galanya untuk berbuat demikian. Buatlah apapun asal jangan terlibat dengan gejala yang tidak mencerminkan Islam sudahlah seperti 'ponteng puasa', judi, minum arak, zina dan sebagainya terutama di bulan Ramadhan ini.
Kepada rakyat marhaen, silalah semak kepala negeri anda, adakah diam di negeri masing-masing , atau bercuti ke luar negara semasa bulan Ramadhan ini. Setakat ini mengikut berita kedai kopi tersebut ada 2 orang yang berpangkat kepala agama berada di London sebulan untuk bulan Ramadhan, dan kejadian ini bukan setakat bermula pada tahun ini. Tetapi setiap tahun, sejak dahulu kala lagi. Jadi semak-semaklah diri dan pembesar anda...
Isnin, 1 Ogos 2011
PUASA, PEMBESAR KE LUAR NEGARA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan