Isnin, 15 Ogos 2011

PERMOHONAN MENJADI WARGANEGARA MALAYSIA MASIH DIBUKA

Tawaran dibuka kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi warganegara Malaysia, syaratnya ialah dengan menjadi ahli seumur hidup UMNO, MCA ataupun MIC. Sesiapa yang berminat boleh berjumpa dan berurusan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), syarat lain ialah mesti berumur 21 tahun sebelum pilihan raya ke-13.

Umno hilang patriotik mudah beri kerakyatan

KUALA LUMPUR, 15 Ogos: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, pemimpin Umno BN sudah hilang patriotik apabila dengan sewenang-wenangnya memberikan kerakyatan kepada warga asing.

Beliau berkata, sikap tidak patriotik tersebut turut berjangkit kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mendaftarkan pemastautin tetap (PR) yang mendapat warganegara sebagai pemilih.


Justeru tegasnya, pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalan pengerusi, Datuk Wan Ahmad Wan Omar harus dipecat dan seluruh organisasi SPR dirombak sebelum pilihan raya umum ke-13.

"Perbuatan memberikan kerakyatan kepada warga asing jelas menunjukkan sikap tidak patriotik pemimpin Umno BN dengan disokong SPR.

"Anggota SPR harus ditamatkan perkhidmatan sebelum PRU ke 13 dan badan bebas perlu ditubuhkan di bawah Parlimen untuk melantik individu yang benar-benar mempunyai kredibiliti untuk menguruskan sistem pilihan raya di nagara ini," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Sambil melahirkan ras kecewa dengan kenyataan Abdul Aziz bahawa “tiada daftar pemilih yang bersih di dunia ini” sebagai jawapan kepada pelbagai kelemahan yang dibongkar oleh PAS dalam daftar pemilih, beliau berkata jelas terbukti terdapat pihak yang cuba 'mengotorkan' daftar pemilih.

"Kenyataan demikian tidak wajar dikeluarkan oleh seorang pengerusi badan bbas yang ditugaskan untuk memastikan ketelusan sisitem pilihan raya.

"Kita sedar berlakunya proses mengotorkan daftar pemilih dengan emmbawa warga asing untuk mengundi," katanya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena.

Katanya lagi, sistem pilihan raya di Eropah tidak pernah dipertikaikan apatah lagi dicadangkan untuk menggunakan dakwat kekal untuk mengelakkan pengulangan proses membuang undi.

"Di negara maju seperti Eropah mereka tak guna biometrik, tak guna dakwat kekal kerana integriti mereka tidak pernah dipertikai.

"Di Malaysia rakyat minta guna dakwat kekal sebab tak percaya dengan SPR," katanya.

Namun begitu, pengakuan SPR tidak ikhlas apabila Abdul Aziz sekadar menyalahkan “kesilapan teknikal yang berlaku semasa proses pendataan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)” sehingga menyebabkan kelemahan dalam daftar pemilih yang dikendalikan SPR selama ini.

SPR sebelum ini hanya menyalahkan menyalahkan “kesilapan teknikal yang berlaku semasa proses pendataan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)” sehingga menyebabkan kelemahan dalam daftar pemilih yang dikendalikan SPR selama ini.Harakah



0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code