Kenyataan G Palanivel berhubung isu parti serpihan yang konon ingin membela nasib kaum India di Malaysia sebagai sesuatu yang karut. Hanya MIC saja yang berhak mendapat mandat di sisi BN bagi parti yang berasaskan kaum India ini. Beliau menegaskan bahawa jika ada parti lain yang mewakili India berusaha untuk mendapat tempat di hati BN, MIC akan keluar dari BN. Kenyataan ini ada benarnya juga. mengapa mesti ada begitu banyak parti yang sanggup membela masyarakat India yang sanggup duduk di bawah payung kerajaan.
Palanivel berpendapat mengapa harus berada dalam satu komponen memperjuangkan masyarakat yang sama, sepatutnya parti serpihan atau lebih tepat ialah parti 'buangan' BN ini bergabung sahaja dengan MIC, tak perlu banyak pinggang mangkuk. Kerja lebih senang dilaksanakan peruntukan tak perlu berbelah bagi dan yang paling penting, Palanivel berpendapat parti serpihan lain yang didaftarkan adalah semata-mata kerana tidak sehaluan dengan parti induk MIC sahaja. Perebutan memegang jawatan diperingkat pusat dalam MIC dulu menyebabkan berlakunya perpecahan kepada serpihan-serpihan ini.
Manakala parti serpihan ini pula ingin duduk dalam kerajaan BN, kerana mereka tahu jika mereka berjuang di atas tiket pembangkang mereka tidak akan menang. Lagipun, untuk mendapatkan projek dan peruntukan amat payah dalam posisi pembangkang. Justru mereka mengambil jalan menubuhkan parti baru atas dasar tidak sebulu dengan MIC sebagai parti asas utama kaum India. Sedangkan pada masa yang sama mereka masih bergantung kepada BN iaitu UMNO dan MCA dalam memberi sokongan kepada mereka.
Benarlah pendirian Palanivel, sekiranya parti India lain masuk UMNO MIC akan keluar, kata-kata ini sebagai satu amaran kepada BN dan parti serpihan supaya jangan memandang MIC ini sebagai remeh dan renyeh sahaja.
Isu parti komponen BN: IPF kecewa dengan kenyataan MIC
KUALA LUMPUR 1 Ogos – Presiden Parti Barisan Kemajuan India Malaysia (IPF), M. Sambanthan hari ini melahirkan perasaan kecewa dengan kenyataan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel menolak penyertaan parti-parti politik lain yang berasaskan kaum India sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN).
Beliau berkata, tindakan itu turut mengecewakan seluruh masyarakat India yang beranggapan kenyataan Palanivel itu akan menambah kepincangan dan memecahbelahkan hubungan antara MIC dan parti politik kaum India yang lain.
Bercakap di sini hari ini, Sambanthan berkata, bukan hanya MIC yang memperjuangkan masyarakat India kerana ia turut dilakukan parti lain seperti Parti Makkal Sakti Malaysia dan Parti Bersatu India Malaysia.
"MIC diibaratkan seperti ”abang” dan IPF atau parti-parti politik yang lain seperti ”adik”... oleh itu sebagai abang, Palanivel harus menerima IPF atau parti politik India yang lain.
"Tetapi beliau (Palanivel) telah mengugut bahawa MIC akan bertindak keluar BN sekiranya BN menerima kemasukan parti berasaskan kaum India yang lain,” kata Sambanthan.
Semalam, selepas selesai perhimpunan agung tahun MIC, Palanivel dipetik sebagai berkata, MIC merupakan satu-satunya parti mewakili masyarakat India dan beliau tidak akan menyokong mana-mana parti politik lain mewakili kaum India untuk menyertai BN. – Bernama
Isnin, 1 Ogos 2011
PARTI SERPIHAN MIC BERLUMBA-LUMBA MEMELUK AGAMA BARISAN NASIONAL
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan